Tuesday 4 September 2018

Kek Viral - Fruits Pastry Cake



katanya kek ni dah pernah viral satu ketika dulu..dan sekarang viral semula. Saya sedar kewujudan kek ni dua..tiga minggu lepas sebab asyik dok lalu lalang aje di IG. Kalau dapat rasa tak pe lah jugak ini bikin ayaq liuq meleleh jer mandang skrin..Hati ni pulak macam di cuit-cuit jer suruh try buat. Sabaq-sabaq tunggu masa yang sesuai kita buat no. Akhirnya hujung minggu lepas muncul lah kek ni di dapur saya.

Sebelum tu kenalah cari buah-buah yang sesuai dulu. Rege buah yang di gunakan semua agak mahei-mahei..Untuk kek ini saya guna buah strawberry yang saya angkut dari cameron highland minggu lepas, blueberry beli kat giant dan buah peach yang fresh. Kerana kek ini barulah saya kenal ghupa fresh peach tu cam mana...kesian betul..selalu beli yang dalam tin tu jer..Harga sebiji peach pun tak murah ye..kat kedai buah kat citta mall sebiji peach size agak besar rm7 ye..kat dalam Village Grocer dapat beli 3 biji rm11..tapi size keciklahh..
untuk yang tak tahu macam saya, ini lah rupa fresh peach..
Serius kek ni sedap sangat. Sepotong-sepotong masuk mulut. Rasa kek yang manis dengan buah-buah yang masam...memang ngam betul..tak caya terai lah buat. Nak buatnya pun senang..Nah saya share resepi nya di sini

FRUITS PASTRY CAKE
Sumber: Azlita Aziz

Bahan-bahan
100 gm unsalted butter
160 gm gula castor
50 gm sour cream/ yogurt (saya guna yogurt greek)
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 biji lemon - parut kulitnya jer
210 gm tepung gandum (saya kurangkan 20gm tepung gandum dan tambah 20gm tepung jagung)
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buah citrus (strawberry, blueberry & peach dll)

Cara-cara
Tepung di satukan dengan baking powder dan ayak

Buah-buah tu pula kita potong, kalau yang besar cuci bersih dan toskan, lepas tu gaul dengan 20gm gula atau 2 sudu besar gula. Kalau guna buah dalam tin, basuh buah tu dan toskan, tak perlu letak gula sebab buah tin lebih manis.

Dalam mixer pukul butter, gula dan yogurt hingga putih dan gebu.

Masukkan telur satu persatu dan terus putar.

Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)

Masukkan vanila dan kulit lemon dan terus putar. Tutup mixer.

Masukkan tepung dan kaup balik rata.Adunan akan jadi pekat

Tuang dalam loyang 8 inci yang telah di lapik kertas dan di sapu dengan butter. Ratakan

Taburkan buah-buahan atas adunan tadi. Bakar dalam oven pada suhu 170c selama 45-1 jam atau sehingga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown.

Masa bakar tu bergantung pada oven. Cucuk lidi kat tengah untuk pastikan kek telah masak sempurna.






No comments:

Post a Comment