Kejap jer dah masuk 5 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Time kat office ni kalau belah pagi rasa lambatnya nak tengahari, bila dah tengahari pulak laju jer.. tup-tup dah 4.30 petang. Semalam pulak, sedar-sedar dah 5.45 pagi. Missed sahur lah jawabnya. Kesian kat Arissa jer. Dia tu walaupun bangun sahur, bila balik sekolah tetap meragam nak minum. Ini kan pula tak bangun sahur. Tapi alhamdulillah bertahan juga sampai buka itu pun dah lembik cam apa.
Masalah kita mak-mak ni adalah nak masak apa hari ini. Untuk elak pening-pening fikir apa nak masak, saya siapkan menu apa setiap hari sepanjang Ramadhan ini. Setakat 4 hari ni segala yang di rancang saya ikut, tapi tak tahulah esok lusa apa citernya.
Ayam butter, daging salai masak lemak dengan belimbing buluh, kacang panjang campur kobis dan udang, bubur keladi, karipap (beli karipap frozen dari nenek ani ) dan ayor oren sanquick. |
Cica buka kat kampug, jadi cicot lah ganti cica |
Resepi Butter Chicken
Bahan-bahan
Ayam (saya guna chicken fillet)
Tepung bestari untu salut ayam
Butter
Susu cair
Bawang putih
Cili padi
Daun kari
Garam
Cheese (optional)
Cara-cara
1. Ayam di potong kecik dan di salutkan dengan tepng bestari. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Cairkan butter dan tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula cili padi dan daun kari.
3. Masukkan susu cair dan kacau rata. Tambahkan cheese barang sekeping untuk jadikan buttermilk lebih creamy. Sesuaikan rasa dengan garam & gula.
4. Akhir sekali. masukkan ayam yang dah di goreng tadi dan gaul rata. Angkat dan hidang.
Ayam butter ni menu permintaan Cica dan memang dia makan banyak giler masa sahur tu sebab masa buka kan dia buka kat kampung. Panas-panas angkat terus makan...Walla sedap lemak berkrim semua. Tambah lemak.
Menu Ramadhan day (2)
Nasi ayam, kuih vadey (wak bagi kuih frozen masa tengok mak hari tu), buah dan ayor tembikai laici. Ceritanya tembikai tu cica yang bawak dari kampung, tapi tak manis pulak. Jadi kita jadikan lah air.,,tak manis boleh tambah gula. |
Menu Ramadhan day (3)
Menu simple jer. ..ala-ala diet gitu. Diet ke benda kalau ada cheese tart Hokkaido tu. Memang nyummm lah makan sejuk-sejuk, tapi rege dia memang mahei lah.. |
Menu Ramadhan day (4)
Air soda herb |
Kangkong goreng belacan, bawal cili, tomyam seafood, buah dan kuih tepung pelita (beli) |
Budak tak sahur..muka letih gilerr..
No comments:
Post a Comment