Tuesday 21 May 2019

Menu buka puasa day 11-15

Salam 16 Ramadhan. Dua minggu lagi InsyaAllah kita akan menyambuat Aidilfitri. Lagu-lagu raya pun dah mula di mainkan di stesen-stesen radio. Namun semangat raya tu tak sampai lagi ke jiwa. Banyak benda yang menggangu fikiran buatkan rasa seronok nak raya tu hilang. Namun hidup harus di teruskan suka atau tidak, sedia atau tidak kerana itulah takdirnya. 

Menu Ramadhan Day 11


Telur masin tu balance semalam punya. Hari ni masak kari udang bersama terung, goreng ikan bawal kecik dan buat sambal tomata bilis. Roti hotdog dan roti john tu beli kat bazar alang-alang dah singgah bazar sebab nak beli kuih koci👇untuk bawa ke surau. 



Menu Ramdhan Day 12


Hari ni Adilah berbuka kat sekolah. Pukul 6 tu kena hantar dia pergi sekolah. Jadi agak kelam kabut sikit lah bila assistant tak ada. Sempat buat roti john, goreng sotong tepung bestari, masak asam rebus ikan senagin dan baby kailan sos tiram. Air pulak milo tabur.

Menu Ramadhan Day 13

Minggu ni walaupun cuti hujung minggu yang panjang tapi tak balik kampung sebab suami kena kerja. Hari ni balik kampung jap sebab nak hantar ke tailor kain baju melayu suami. Kain tu dah lama emak bagi (kain abah yang orang bagi tapi abah tak buat baju pun) tapi biasalah suami saya memang suka tunggu last minit baru nak bertindak. Kat subang semua dah tutup amik tempahan. Sib baik uncle singapore tailor ni masih amik tapi cuma boleh siap 2 hari sebelum raya. Bolehlah tu daripada tak ada baju. Lagipun kitaorang memang akan beraya kat Tg Karang. Jadi kalau lambat pun tak ada masalah lah.

Sempatlah saya goreng mee dan buat kuih cara berlauk ni untuk bawak balik kampung. Satu adunan ni dapat banyak juga. Rupa memang tak berapa lawa lah but tase wise not badlah. First time kot, InsyaAllah kalau buat selalu akan lebih lawa dan sedap.


 Kuih Cara Berlauk

Resepi adunan tepung

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
31/2 cawan air + santan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

* Blend semua bahan di atas

Resepi Inti

Daging/ ayam cincang
Bawang holand - cincang
Bawang putih - cincang
Rempah kari daging
Garam

* Tumiskan bawang yang di cincang hingga naik bau. Masukkan daging cincang, serbuk kari dan garam. Masak hingga daging masak dan sejukkan.

* Inti ini juga yang saya guna untuk buat roti john.

Hiasan

Cili merah
Daun sup

Menu Ramdhan Day 14

Hari ni memang plan nak buka luar sebab nak pergi cari baju raya untuk anak-anak. pagi tu saya hantar suami pergi kerja dan petang tu lepas amik suami plannya nak g Kompleks. Sekali penuh ya amat. Terus g Seksyen 7 ingat nak g Zeita, sekali jammed jugak. Hurmmm malas nak bersesak-sesak cari parking, teruslah g bazar stadium. Sama juga sesak. Jalan pun berlaga-laga montot. Beli just apa yang teringin. Sempatlah juga saya buat kuih buah melaka.


Menu Ramdhan Day 15



Ingatkan hari cuti menu macam-macam kan tapi sebaliknya. Pagi ni ada meeting gathering raya KHMR kat rumah pak su. Zohor baru meeting habis. Singgah sana sini, sampai rumah pukul 3 jugak. Badan pun dah lembik. Jadi masak ajelah mana yang termampu. Kuih cara tu ada lagi lebihan tepung hari tu. Sayang nak buang kita habiskan jer lah. Buat roti john nak habiskan roti yang nak expired. Ada goreng pisang juga tapi tak sempat di fotokan. Daging salai tu lebihan puasa pertama tu just tambah pucuk ubi. Goreng ayam dan buat air sirap oren dan milo.


No comments:

Post a Comment