Wednesday, 7 November 2018

Mandi manda di PD

Bila kat PD mandi manda mesti jadi aktiviti wajib lah. Kali ni kitaorag menginap di PD Villa No.52. Lina sewakan banglo ni untuk penginapan kami masa majlis bertandang dia. Banglo dengan 4 bilik tidur complete dengan dapur, swimming pool dan ruang tamu yang luas sangat selesa untuk kami.
Saya sekeluarga, acu, adik dan mak tok antara yang terawal sampai ke banglo ni. Puaslah Cica mandi di pool sorang-sorang petang tu sementara menanti sepupu-sepupu yang lain sampai. Dalam 5.30 petang pak ngah sekeluarga bersama mak dan abah sampai dan di ikuti dengan adik beradik yang yang lain. Meriah lah dengan jerit pekik anak-anak dan mak-mak.
Malam tu lepas balik dari majlis menghantar, budak-budak semua terjun semula dalam pool. Pak ngah dan mak ngah tolong jagakan bebudak yg mandi. Pukul 12 lebih tengah malam baru semua naik. Itu pun sebab hujan kalau tak mahu diaorang tido dalam kolam tu.

Pagi tu saya dan anak-anak, angah dan anak-anak, acu dan mak tok berjogging tapi sebenarnya banyak berjalan lagi ke pantai. Banglo ni agak jauh dari pantai kalau compare dengan homestay yang kami duduk sebelum ni. Setengah jam jugaklah nak sampai ke pantai teluk kemang.
Acu, adilah, cica. qaseh dan qaleef sampai-sampai tu terus terjun pantai. Saya, angah ngan maktok lepak-lepak dulu bawah khemah sementara nak tunggu air pasang surut sikit. Yang lain kat banglo tu membuta lagi dan ada yang mandi kolam. Seronok giler dapat berenang dalam laut. Last mandi laut rasanya kat Langkawi dulu. Bila atam ngan pengantin sampai, ajak diaorang naik banana boat. Nasib baik diaorang sporting layan kakak diaorang ni.
Saya, angah, mak tok, lina, redza, acu, atam dan adilah berlapan naik banana boat. Dah siap request kat budak yang tarik kitaorang tu cakap tak mahu campak kitaorang kat tengah laut. Mintak dia campak kat tepi jer sebab walaupun dah pernah naik banana boat sebelum ni, perasaan takut tu tetap ada. Sekali tu kitaorang tetap tercampak kat tengah laut sebab boat tak balance masa berlanggar ngan ombak. Masing-masing cuak, tapi gelak tetap gelak. kali ni alhamdulillah saya berlanggar ngan sape-sape masa tercampak dalam laut tu.

Dah puas mandi laut jalan kaki berjemaahlah kitaorang balik ke banglo. Masa kat sini lah kasut cica yang baru beli kat uptown tu tertinggal. Separuh jalan redza angkut kitaorang naik kete ayah dia. Sampai banglo sambung mandi kolam pulak. Mandilah sampai lebam. Budak-budak lah yang paling seronok. Puas diaorang mandi. Siap request suruh atok beli banglo kat PD yang ada kolam.
Kitaorang checkout petang tu dalam 3.30 petang. Nasib baik tuan rumah tak berkira dengan waktu check out yang dah terlebih-lebih tu. Sebelum balik haruslah bergambar-gambar dulu. Bukan senang tau nak kumpul semua ada. Ini pun masih tak complete, sebab adik tak ada dah bertolak ke Johor pagi-pagi tadi.
Ada rezeki lain kali kita datang lagi. Mana tahu masa ni atok dah ada banglo sendiri kat PD. InsyaAllah siapa tahu kan.







No comments:

Post a Comment