Tuesday, 27 November 2018

Mendaki Bukit Broga

Akhirnya tercapai juga impian saya nak panjat bukit broga. Lebih manis dapat sampai ke puncak bersama anak-anak dan suami. Bukan senang nak ajak en. suami saya ikut serta, tapi akhirnya dalam sakit-sakit kaki pun dia berjaya juga sampai puncak. Selain saya sekeluarga, adik saya acu, lina dan suaminya redza turut serta juga. Tapi acu setakat sampai puncak pertama. hahahha kena bahan jer sebab cica yang 7 tahun tu boleh sampai ke puncak.

Port wajib bergambar sebelum dan sesudah mendaki
Kami pergi masa cuti sempena Maulidur Rasul hari tu. Janjinya nak bertolak lepas suboh, tapi hanya kami yang gerak lepas subuh sebab adik saya yang bertiga tu lepas suboh baru bangun tido. Itupun lepas puas cica called diaorang. Sudahnya kami gerak dulu dan mendaki berempat dulu. Perjalanan dari Subang ke Semenyeh mengambil masa lebih kurang sejam. Parking kete dalam kebun kelapa sawit di kenakan RM1 per kepala. Budak-budak cam cica free jer. Ramai jer yang parking kat luar kebun tu sebab tak nak bayar parking mungkin.
Kami mulakan mendakian dalam kul 8 pagi. Kitaorang mendaki pun slow jer sebab en suami ngan cica kejap2 berenti. Minum air lah..makan lah belum lagi dengan segala macam complain. Aishhhh bersabar jer lah. Ada pulak gerai nasi lemak kat kaki bukit tu, cica apalagi mintaklah nak makan nasi lemak dulu. Adilah punyalah tak kasi sebab takut dia terberak kat atas sana. Adoii macam-macam perangai anak-anak.

Lepas seketika mendaki, sampai kat pintu masuk dekat dengan orang jual air kelapa, kena bayar RM1 pulak. Kena tol sebab lalu kebun apek ni kot untuk naik ke Broga. Dia ada situ awal pagi jer rasanya sebab masa saya turun dalam kul 10 lebih pakcik tu dah tak ada pun. 

Bapak budak dan budak yang kejap-kejap take five. Pantang jumpa tempat yang boleh duduk mesti nak berenti. Sampai boring mama dan kakak menunggu. 


Ramai juga parents yang datang bawak anak sebaya cica. Yang lagi kecik dari cica pun ada. Siap berdokong lagi. Memang tabik lah kat parents yang sanggup gendong anak sambil hiking. Belum lagi nak layan kerenah budak-budak yang macam-macam ragam..huhuhu.

Masa saya baru nak naik dah ramai yang turun. Pukul berapa lah depa tu mula mendaki ehhh. Ada kawasan yang jammed jugak sebab bertembung antara yang nak naik dengan yang nak turun. Ada sekali tu, masa otw nak ke puncak yang pertama, laluan yang kami 4 beranak lalu tak ada orang lain pun yang lalu. Kiri kanan penuh ngan lalang. Mula tu cuak jugak takut sesat tapi alhamdulillah tak, sebab bukit broga ni banyak gak laluan yamg kita boleh ikut untuk sampai ke puncak. 

Bila dah berjaya sampai puncak pertama ni, makin berkobar-kobar nak sampai ke puncak seterusnya. Ramai yang tegur dan bagi semangat pada cica.
Dah puas berehat kat puncak satu kita teruskan pendakian ke puncak dua. Laluan ke puncak dua ni lebih mudah sikit berbanding yang pertama.
Kat puncak dua ni kitaorang tak berenti lama. Amik gambar pun sekeping dua jer. Nak cepat-cepat sampai ke puncak yang terakhir. Dari puncak dua ni tak lah jauh sangat nak ke puncak broga ni, cuma biaslah kena panjat2 sikit. Ada di sediakan tali untuk berpaut.







Subhanallah pemandangan dari puncak broga ni memang cantik sangat. Dari atas puncak ni nampak hijau jer..Indah sungguh ciptaan Ilahi.

Bangga sangat ngan budak Mok ni. Walaupun complain macam-macam tapi berjaya juga dia sampai ke puncak. Selamba jer dia pilih untuk naik ke puncak dengan bergayut pada tali. Ajak dia ikut jalan yang lain dia tak mahu. Adventure sangat dia ni. Kat puncak tu dia siap ramah bersembang dengan kakak2 pendaki lain. Katanya lepas ni dia nak panjat gunung kinabalu. Ohhh my Cica..i like your spirit.
 


Ni sorang lagi kena ucap tahniah. Bukan senang nak pujuk dia join hiking ni. Bukan minat dia dan lagi satu faktor sakit kaki dia tu. Tapi since anak-anak semangat nak hiking, papa pun mengalah lah ikut juga. Alhamdulillah tak ada kesakitan yang serius cuma masa nak turun tu kaki ada cram sikit.


Adilah saya tak risau sangat sebab dia dah pernah hiking dengan kawan -kawan dia. Sebab tu dia agak bosan kena tunggu si bapak dan si adik yang agak perlahan masa naik. Nasib baik masa turun semua gerak laju, cuma si bapaklah agak perlahan. Jadi saya kenalah tunggu.


Satu kepuasan bila dapat sampai ke puncak tu. Saya umpamakan mendaki ni macam perjalanan dalam hidup. Untuk sampai ke puncak kita akan tempuhi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang pendakian. Kalau jatuh bangun semula. Kalau penat berenti rehat seketika. Kemudian teruskanlah melangkah. Jangan sesekali putus putus asa selagi apa yang kita impikan belum tercapai. 
Dah puas ambik gambar dan melepas lelah sambil makan coklat dan biskut untuk tambah tenaga, kami mulakan pendakian turun pulak. Lagipun acu dah bising bila nak tutun sebab dia dah mereput sorang2 kat puncak satu. 

Ambik gambar dengan acu yang berjaya sampai puncak satu jer. Apatah yang dia takutkan sangat. Seronok cica mengutuk acunya..Hahahha...

Pada saya masa turun lagi mencabar sebab licin dan mudah menggelongsor. Kaki kena kuat membrek. Sape pakai kasut yang dah haus atau tapak yang licin memang kena lebih berhati-hatilah.
Alhamdulillah dalam pukul 11 pagi lebih semua selamat sampai ke bawah. Penat, sakit kaki tu tak payah citerlah tapi pengalaman macam ni bukan boleh beli kat mana-mana. Masa mendaki ni, kitaorang jumpa sorang pakcik yang dah berumur dalam 60 tahun lebih, dah 3 kali turun naik. Memang kagum betul dengan semangat dia.


Masa naik tadi tak dapat nak gambar ramai-ramai kat pintu gerbang ni, jadi masa turun baru ambik gambar ramai-ramai. Itu pun cica dah mula meragam, jadi ambik jer lah mana yang dapat.
Sampai bawah ni masing-masing dah kebuluran. Redza bawak kitaorang makan kat restoran d'limau nipis kat bandar baru bangi. Redza kata restoran ni agak popular di kalangan warga bangi. Patutlah masa kitaorang sampai penuh sesak restoren ni. 
Sambil makan tu bincang-bincang next nak hiking ke mana pulak. InsyaAllah nak naik bukit gasing pulak. Kita pergi bukit-bukit jer dulu, nanti kalau semua dah ready baru kita try panjat gunung pulak.

No comments:

Post a Comment