Alhamdulilallah selesai dah majlis bertandang belah Redza di Port Dickson pada malam Sabtu yang lepas. Majlis yang meriah dengan makanan yang sedap dan layanan terbaik di berikan pada rombongan keluarga saya. Kedatangan kami pada jam 8 .30 malam di sambut dengan dentuman mercun dan percikan bunga api. Apalagi ramailah yang mengurut dada sebab terperanjat.
Pengantin bersama mak abah dan pak usu dan cik ani |
Rombongan keluarga saya malam tu terdiri daripada mak abah, semua adik beradik dan ipar, pak su dan keluarga serta mak tok. Walaupun macam tak ramai tapi cukup menggamatkan suasana. Kalau majlis di Tanjong Karang kami memilih tema biru, untuk majlis bertandang ni kami memilih tema hitam dan kelabu. Memula cam risau gak nak pilih colour ni kerana majlis malam dan ahli keluarga saya semua berkulit hitam-hitam si tampok manggis. Risau nanti dalam gambar cuma gigi jer yang nampak...sib baik nampak rupa.
Menantu-menantu mak abah saya..Sepatutnya ada 6 menantu tetapi yang sorang tu entahlah susah nak cakap. Biarlah takdir dan waktu yang tentukan samada dia akan terus bergelar menantu mak abah saya atau tak..16 tahun lebih suami berstatus menantu lelaki tunggal, sekarang dah bertambah ahli kelab dia..
Malam tu pengantin bercandle light dinner (tapi tak perasan ada lilin tak), makan berdua jer. Tak macam kebiasaannya makan beradap bersama ahli keluarga yang lain. Puaslah pengantin kena usik.. hahaha
Lega sangat bila dua-dua majlis di Tanjong Karang dan Port Dickson dah seselesai dan berjalan lancar. Enam dah selesai, ada tiga lagi ni. Kita tunggu next siapa??? AD (baju kelabu angkat tangan) atau Adik (yang merah hitam tu) dan Acu (sebelah adik)..
No comments:
Post a Comment