Friday, 16 November 2018

Ulang Tahun ke 16 Kelahiran Adilah Mirza

Sempena hari lahir anakanda sulong saya Adilah Mirza hari ini, saya nak buat throwback sikit saat-saat kelahiran Adilah 16 tahun yang lepas.

16 tahun lepas , pada tarikh 16/11/2002 adalah hari Sabtu bersamaan 11 Ramadhan. Masa ni saya dah overdue dalam 6 hari dari tarikh yang doc jangka. Pagi tu bangun tidur tengok ada sikit tanda darah, tapi tak rasa sakit apa. Called lah Gynea saya Dr Surender dan dia suh saya terus ke hospital. Masa ni ramai yang cakap jangan cepat-cepat g spital takut lambat lagi, nanti doc asyik check bukaan. Saya dahlah penakut ngan spital, jadi saya lengah-lengahkan datang spital tu dengan g shopping kat giant dulu. Untong-untong banyak jalan boleh lah cepat sikit beranak. Siap Doc called tanya saya kat mana, kenapa tak sampai hospital lagi sebab dia takut saya terberanak kat jalan.hahaha.

Dalam kul 1.30 petang camtu baru saya check in kat DEMC (masa ni hospital lama kat sebelah Plaza Masalam). Masa tu saya selamba jer jalan kaki naik ward. Staff DEMC dah sibuk2 suruh saya naik wheelchair. tapi saya tak mahu sebab saya tak rasa sakit. Sampai ward doc buatlah semua prosedur yang sepatutnya. Masa tu doc check bukan saya baru 3cm, Then doc decide untuk pecahkan air ketuban saya supaya bukaan lagi cepat. Lepas air ketuban dah pecah barulah lah sakit yang sebenarnya datang. Ya Allah rasa nak putus pinggang bila contraction tu datang. Nasib baik suami ada tolong picit-picit.

Dalam pukul 4, saya di sorong ke labour room sebab bukaan dah 6 ke 7 cm. By 5.00 bukaan dah fully dilated. Maka bermula lah proses push dan push. Tapi malangnya dah separuh nyawa meneran pun baby tak mahu keluar. Doc cakap baby jauh lagi, rambut pun dia tak dapat nak sentuh. Adoii masa tu dah cuak giler. Doc pun naik pening. Masa tu arwah mak mertua saya sempat masuk dan sapu air penwar kat perut sebagai ikhtiar supaya baby keluar normal.

Tapi dah tertulis petang tu saya terpaksa melahirkan adilah melalui emergency c section. Masa tu dah dekat pukul 6. Kebanyakan doc yang tak ada clinic dah balik ke rumah nak berbuka. Doc bius yang dah otw nak balik rumah pun kena panggil balik ke hospital. Sementara tunggu doc bius sampai saya di persiapkan untuk ke opertion room. Sebelum tu suami ke saya (tak ingat dah) kena sign surat kebenaran untuk lakukan operation. Pada saya dan suami masa tu janji saya dan baby ok yang lain-lain dah tak penting. Cemas giler masa tu.

Itulah first time dalam hidup masuk hospital, terus masuk bilik bedah pulak tu. Nasib baik saya tak pengsan ketakutan. Saya cuma di bius separuh badan untuk mempercepatkan proses. Dari pinggang ke bawah cuma di tutup dengan kain hijau dan saya boleh mendengar serta berbual dengan doc dan nurse di OT. Masa di OT suami tak di benarkan menemani saya. Semuanya berjalan dengan pantas. Tup-tup pukul 6.31 petang bergemalah ot tu dengan tangisan adilah. Ya Allah syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mudah. Tak tahu nak gambarkan apa saya rasa masa tu. Tapi bila semua dah selamat masa tu terfikir satu benda jer, bil hospital..hahaha

Kita merancang untuk normal dan duit pun cukup-cukup untuk normal. Ye lah masa tu mana sempat nak kumpul duit lebih. Kahwin bulan Februari, bulan November dah dapat baby. Baru nak mula hidup tapi tak sedar diri nak gak bersalin kat hospital swasta sebab takut g hospital kerajaan. Syukur mak ngan abah top up mana yang kurang. Masa tu bil saya dalam RM4,800.00++. Kalau sekarang emergency c section mahu menjangkau 10-11 ribu...itu belum kalau ada komplikasi ke apa2 caj tambahan. Mahu menjangkau puluhan ribu..fuhhh pengsan..nasib baik saya dah memilih untuk VSS..Cukuplah dengan 2 rezeki ni.

Adilah lahir dengan berat 2.75kg. Kecik jer tapi tetap nak kuat ikut tingkap. Doc Surender cakap tulang punggung saya kecik sebab tu adilah tak boleh nak turun bawah. Tersekat kat tulang punggung saya. Masa tu rasa macam geli hati pun ada sebab kalau tengok fizikal saya tak lah kecik mana. Suami cakap punggung saya besar sebab lemak banyak..ehhehhh.

Keluar hospital mak ngan abah yang jemput saya balik ke kampung.  Adilah cucu pertama dalam keluarga saya maka privilege macam tu hanya dia seorang jer yang dapat. Cucu lain atok ngan nenek tunggu kat rumah jer tak de lah nak berjemput bagai. Nama adilah Mirza tu saya dapat dari majalah apa ntah yang saya baca waktu di hospital. Majalah tu kawan saya Ros yang bawak. Ada satu artikel dalam majalah tu penulisnya nama Puteri Adilah Mirza. Bila tengok makna nama tu pun ok, saya dan suami amiklah nama tu buat nama anak kitaorang.

Sekejap jer masa berlalu. Tahun depan dah nak amik SPM. Bila anak semakin besar maknanya tu apa. Maknanya mak dia dah semakin tua..Oh tidakkk. Adilah tetap my baby. Sekarang mama dah boleh harap banyak kat adilah untuk bantu kerja-kerja rumah. Kalau tak ada dia rasa patah sebelah sayap. Semoga dengan bertambahnya usia kamu akan lebih mendewasakan kamu dan mematangkan kamu dalam menghdapai liku-liku hidup ini.

Mama tahu banyak keinginan kamu yang mama dan papa tak dapat nak tunaikan. Untuk itu mama dan papa minta maaf atas segala kekurangan kami dalam mendidik kamu. Tapi satu yang pasti mama dan papa tak pernah berhenti mendoakan dan memohon pada Allah SWT supaya kamu di kurniakan dengan segala kebaikan dan di kabulkan segala hajat kamu. Semoga di ampunkan segala dosa kamu samada sengaja atau tidak, dan semoga kamu menjadi anak mama dan papa yang taat pada perintahNya, pada para Rasul dan pada papa dan mama serta keluarga kamu. Hanya kamu dan Arissa lah saham mama dan papa di akhirat nanti.

Semoga kamu terpelihara daripada segala kejahatan dan sentiap langkah kamu dalam rahmat Allah. Walaupun mama selalu marah kamu, itu bukan bermakna mama tidak sayang kamu, tapi mama nak kamu jadi anak dan insan yang lebih baik dan berjaya. Mama sayang anak mama dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment