Friday, 8 March 2019

Today Is My Birthday

Hari ni Jumaat bersamaan 1 Rejab 1440 Hijrah, merupakan ulang tahun kelahiran saya yang ke 43 tahun. Kalau tahun-tahun sebelum ni rasa seronok bila orang wish, tapi tahun ni rasa macam malu dan sedih pulak sebab rasa diri dah tua. Takut pun iye sebab rasa umur dah banyak tapi bekalan untuk akhirat masih tak ada. Kalau kata Tuhan amik saya sekarang, ntah apa amalan yang saya nak persembahkan, dengan dosa yang banyak sangat ni. Ya Allah tak mampu nak memikirkannya. Ya Allah ampunkan segala-dosa-dosaku.

Namun saya harus mengucap syukur, kerana masih di beri nikmat hidup hingga ke hari ni. Bersyukur atas perlindungan dan rahmat Allah dalam setiap nafas. Bersyukur atas beruntunganya saya masih dapat bersama suami, anak2, mak abah, adik beradik, keluarga dan sahabat. Masih di beri nikmat iman, sihat, rezeki dan keamanan. Nikmat Allah yang mana yang engkau dustakan. Tak terhitung banyaknya nikmat yang telah Allah beri sehingga hari ini. MasyaAllah.

Pagi tadi suami dan anak-anak telah memberi ucap selamat beserta peluk cium. Saya tak mengharapkan apa-apa hadiah ke surprise dari suami kerana saya tahu memang tak akan berlakulah. Namun anak-anak Adilah dan Arissa telah buat saya menitiskan air mata pagi tadi dengan surprise mereka. Memang saya tak sedar langsung bila adilah buat semua tu. Tau-tau saya masuk dapur dan terus nampak kotak kek secret recipe dan coklat atas meja. Patutlah adilah kelam kabut pergi sekolah pagi tadi. Bila tanya arissa katanya dia ngan kakak kongsi duit tabung nak belikan saya hadiah tu.

Sayang nak bukak dan makan...hahaha

Terima kasih anak-anak sebab hadiah korang bakal menggemukkan lagi mama. Namun mama hargai sangat apa yang kakak dan adik buat. InsyaAllah esok kalau kakak dan adik dah kerja bagus-bagus, mama mintak hadiah yang mahal ehhh. Bila cakap kat si adik, dia kata ok mama, nanti cica dah jadi pilot cica belikan mama hadiah yang mahal. Adoii lahh anak, mama gurau jer. Anak mama berdua ni lah hadiah paling mahal mama pernah dapat tau. Mudah-mudahan tercapailah cita-cita cica ye.

Terima kasih juga pada adik beradik, keluarga dan rakan-rakan semua atas ucapan selamat dan doa yang baik-baik. Saya sangat menghargainya. Kepada Tuhan saya pohonkan semoga Allah panjangkan umur saya, beri saya kesihatan fizikal dan mental, tatapkan iman saya, luaskan rezeki saya, dekatkan saya pada kebaikan dan di jauhi dari segala kejahatan, di kabulkan segala permintaan saya dan di permudahkan segala kesulitan dan urusan saya.

آمِيّنْ آمِيّنْ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

No comments:

Post a Comment