Projek pisang tanduk ni projek usahasama saya bersama adik-adik perempuan saya, Lina, Angah, Adik dan Acu di atas tanah milik abah. Pada asalnya adik saya AD nak buat rumah di atas tapak ni sebab dia akan berkahwin masa tu (tahun 2017). Namun kita hanya merancang, Allah jua penentunya. AD tak jadi kahwin dan tanah ni akhirnya terbiar semak. Sebelum ni Angah ada juga tanam jagung, tapi tak menjadi. Memandangkan kitaorang ni suka makan kerepek pisang tanduk, jadi kitaorang sepakat untuk tanam pisang tanduk.
Setelah beberapa kali tertangguh akhirnya 10hb March 2019, kerja-kerja membersihkan tapak berjaya di lakukan. Asalnya saya dan Lina nak bersihkan secara manual jer dengan di bantu 3 budak kecik cica, qaseh dan ayeep. Tengah semangat-semangat buat kerja sekali budak yang menyewa rumah adik saya kat sebelah tapak kebun ni datang tegur kami. Katanya kat tapak ni ada ular tedung warna hitam dan besar. Semalamnya pun dia baru nampak ular tu berlegar kat kawasan semak kebun ni. Apalagi kutip semua barang dan cabut dok bawah pokok mangga.
Seronok depa ni dapat main walaupun panas terik. |
Bila dah bersih terus rasa semangat dan tak sabar nak tengok anak-anak pisang di tanam di sini. Mudah-mudahan langkah pertama kami nak jadi usahawanita berjaya tercapai. Padahal ilmu pasal pokok pisang semua zero. Tapi itu bukan masalah sebab semua tu boleh belajar. Apa yang penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan,
Budak berdua ni bukannya menolong sangat, main jer lebih. Tapi bagus juga bagi pendedahan aktiviti camni. Tak adalah asyik mengadap henpon jer. Ada serumpun pokok tebu yang angah tanam. Saya bersihkan dan amik yang tua untuk di tanam semula sebagai pagar di kebun pisang kami nanti. Sekali pucuk tebu yang saya kumpul nak tanam tu dah di bajak dek Domong partner anas. punyalah penat-penat kumpul sekali kena lenyek..huhuhu..Manis giler tebu ni. Sempatlah petang tu kitaorang mesin tebu ni jadikan air tebu. Itulah kalau berbudi pada tanah, dapatlah hasilnya kita nikmati.
InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa perkembangan projek pisang tanduk ni. Waktu saya tulis entry ni sebenarnya sebanyak 200 batang anak pokok pisang tanduk dah di tanam di kebun kecik kitaorang ni. Lain kali saya akan cerita sebab saya sendiri belum sempat tengok anak-anak pokok yang dah di tanam tu. Weekend ni baru nak balik kampung. Tak sabar nak jumpa my baby..hahaha
No comments:
Post a Comment