Sudah 14 hari kita lalui di tahun 2019. Belum terlambat kan untuk saya ucapkan selamat datang kepada 2019. Semoga tahun ini membawa lebih rahmat, senyuman, kejayaan, kebahgian dan rezeki. Mana yang buruk kita tinggalkan dan mana yang baik kita teruskan dan perbaiki.
Entry pertama di tahun 2019 saya ingin coretkan kisah Ali. Kisah sedih yang buat air mata saya mengalir laju. Ali ni salah sekor kucing yang ada kat rumah mak abah. Kisahnya satu pagi ni adik ipar saya angah seperti biasa nak pergi kedai untuk berniaga. Bila dia start kete macam ada yang tak kena dengan enjin kete tu. Jadi dia bukak bonet kete dan punyalah terperanjat sebab dia nampak kepala ali dah tersepet pada belting kereta.
Ntah masa bila ali tu dok panjat enjin kete. Punyalah besar kawasan rumah mak abah, dalam enjin sempit tu jugak dia nak menyorok. Punyalah susah nak bawak keluar ali. Bila dapat keluarkan, muka dia dah rabak dan berdarah-darah. Walaupun keaadaan agak parah, tetapi dia masih mampu melarikan diri dan menyorok. Kejadiaan tu rasanya pagi khamis. So bila hari Sabtu saya dan adik-adik balik, keluarlah cerita pasal ali ni dari angah. Jadi semua di kerah untuk cari kat mana ali menyorok, tetapi puaslah jugak main kejar-kejar dulu sebelum dapat tangkap dia.
Masing-masing tak berani nak tengok muka ali masa tu. Masa tu kebetulan lina ngan redza nak balik sunway, jadi saya cadangkan untuk diaorang hantarkan ali ke vet. di Kuala Selangor. Kemudian nanti saya atau angah akan ambil. Sekali bila diaorang sampai, klinik dah tutup. Redza ngan lina terus bawak ali ke klinik di PJ. Masa tu doc bagitau keadaan ali sangat teruk. Rahang dia rosak teruk, otak dia pun ada damage. Paling kesian mulut dia dah penuh dengan ulat dan bakteria. Makan minum memang tak boleh. Doc kena drip dan ali kena tahan kat wad 3 malam lah jugak.
Kesakitan yang tak mampu nak di ucapkan. Hanya air mata yang mengalir memberi jawapan kepada kesakitan yang ali tanggung. Sedih giler tengok video ni.
Doc bagitahu kalau nak operate betulkan rahang yang rosak tu dengan treatment lain, doc anggarkan kos dalam 2 ribu lebih dan boleh jadi lebih. Pitam dengar cost yang doc anggarkan. Jadi redza cakap dia akan bawak ali ke vet goverment. Hari selasa tu Redza pun bawaklah ali ke upm, tapi malangnya kena reject. Kecederaan ali sangat parah dan diaorang tak cukup peralatan untuk merawat ali. Kesiannya ali. Jadi redza bawak semula ali ke vet swasta dan doc cadangkan untuk buat PTS (put to sleep) sebab tak mahu ali terus tersiksa.
Sebelum tu saya search-search juga di internet samada berdosa atau tak buat PTS tu ke atas ali. InsyaAllah daripada pembacaan saya untuk kes ali, PTS di bolehkan memandangkan kita tak mahu ali terus menanggung kesakitan dan sengsara yang tak terucap. Kalau di biarkan terus hidup pun ali tak boleh nak makan dan minum. Cepat atau lambat dia tetap akan mati dan lagi kesian sebab menyiksa dia dengan lebih lama.
Jadi walaupun berat hati, kami semua redha untuk ali di PTS. Dengan 2 kali inject ali pergi untuk selama-lamanya. Bengkak-bengkak mata lah nangis. Saya pun ada sekor kucing yang saya bela dari dia baby lagi. Saya tak dapat nak bayangkan kalau ali tu cicot kucing saya. Mahu berhari-hari saya nangis.
Selamat jalan ali. Tunggu kami di Syurga ye. Kami dah cuba buat yang terbaik untuk selamatkan ali, tetapi setakat itu sahaja kemampuan kami dan kami jugak tak sanggup biarkan ali menanggung kesakitan yang lebih lama. Maafkan kami semua ali.
No comments:
Post a Comment