Thursday, 24 January 2019

NASI AYAM FOR DINNER


Masak nasi ayam ni untuk makan malam beberapa hari yamg lepas ye. Dah jadi baja pun semua. Actually untuk yang tak tahu nak masak apa untuk keluarga sebab dah kering idea, masak jer nasi ayam. Cukup semua, ada nasi, lauk, kuah dan sayur. Tapi penyediaannya amik masa dan renyah juga. Banyak yang nak di sediakan. Tapi bila tengok anak-anak dan suami makan bertambah-bertambah, rasa berbaloi sangat.

Dalam kes saya, saya dah jimat masa kat menyediakan sos cili dan sos kicap sebab saya guna sos yang saya frozenkan lebihan dari kenduri kahwin lina hari tu. Just kuarkan dan panaskan sikit. Lebihnya bekukan semula untuk kegunaan masa depan. Jimat masa dan tenaga. hehehe

Resepi nasi ayam kali ni saya ambil dari IG wanakamal_79. Saya suka dengan resepi menyedian ayamnya. Ayamnya lembut dan juicy. Tak caya cubalah

Nasi ayam dan the gang

Bahan-bahan

Ayam

1/2 ekor ayam (saya guna 3 ketul dada ayam)
Halia (agak-agaklah ye) - hiris memanjang
Air ( dalam 7 cawan )

Bahan perap
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan
Garam

Cuci bersih ayam. Didihkan air dalam periuk bersama halia dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam masak. Angkat ayam dan perapkan dengan bahan-bahan perap seketika, tapi lagi lama perap lagi sedap. 

Goreng ayam dalam minyak panas dan penuh sekejap sahaja. Kalau lama nanti ayam keras. Biar sejuk sikit dan potong lah nipis-nipis. Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun bawang.

Nasi ayam

3 cawan beras basmathi
4.5 cawan air rebusan ayam
3-4 sb mentega
3 ulas bawang putih - tumbuk/ hiris
3-5 ulas bawang kecik/ 1 labu bawang besar - tumbuk/ hiris
1 inci halia - tumbuk/ hiris
1/2 -1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Sehelai daun pandan

Rendam beras 20/30 min. Cuci bersih beras dan toskan. 

Dalam rice cooker cairkan butter dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk/ di hiris tadi hingga wangi. Masukkan beras, air, daun pandan, kiub ayam dan garam. Onkan rice cooker. Bila nasi hampir kering kacau manja-manja. Jangan kacau lama nanti beras patah.  Tak cantik pulak nasi kita nanti

Sup

Lebihan air rebusan ayam tadi di masak semula bersama carrot atau apa-apa sayur lain yang korang suka. Masukkan bawang goreng (saya buat style tumis darat, goreng bawah merah dan putih kendian masukkan dalam sup). Perasakn dengan garam dan sedikit kiub ayam. Taburkan daun sup.


😋😋😋

No comments:

Post a Comment