Assalamualaikum....
Hari yang ke 28 di tahun 2014..
sangat-sangat terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru...tapi saya nak jugak ucapkan
"Selamat Tahun Baru 2014..
semoga tahun ini membawa lebih kebahagian dan rahmat kepada semua"..
Menyoroti perjalanan hidup saya sepanjang tahun 2013, banyak perancangan saya yang tidak menjadi..lebih tepat lagi GAGAL..Dari segi pekerjaan saya gagal mendapat kerja baru sekali gus gagal meninggalkan tempat kerja yang saya dah rasa tak seronok lagi untuk bekerja. Mengenangkan komitmen dan tanggungjawab yang banyak saya akan bertahan selagi termampu. Seorang demi sorang rakan sekerja meninggalkan sayarikat. Maka setiap hari saya dan rakan sekerja yang masih tinggal ini dok menanti bila pula giliran kami akan tiba..sehingga hari ini juga belum ada satu syarikat pun yang panggi saya interview..Bila kita terlalu berharap tak ada pula...tapi bila kita tak cari dia datang pulak..Moral of the story berSABAR..
Tahun 2013 juga banyak dugaan dan ujian menimpa keluarga besar saya dan juga keluarga kecil saya..Bermula dengan abah saya di masukkan ke hospital kerana mendapat kencing manis..Kelewatan mendapatkan rawatan menyebabkan abah terpaksa di suntik insulin empat kali sehari. Kesian abah..Pada waktu yang sama, pakcik saya (arwah) Wak Muti abang pada abah juga di tahan di hospital yang sama dengan abah. Namun Tuhan lebih menyanyangi arwah, lebih kurang seminggu selepas abah keluar hospital iaitu pada tarikh 3hb Februari 2013, Wak Muti pergi untuk selamanya meninggalkan semua yang menyanyangi beliau.
Selang dua ke tiga bulan selepas abah, emak pula di tahan di wad kerana jangkitan kuman dan demam panas..Alhamdulillah saya yang penakut dengan hospital ini, berpeluang juga menjaga mak di hospital. Penutup 2013 bapa mertua saya pula sakit..mulanya abah di masukkan ke Pusat Rawatan As-Syifa di Bangi..Bila abah agak sihat mak mertua saya bawa abah balik rumah. Beberapa hari kat rumah abah di bawa ke hospital klang pula. Sehingga saat ini abah masih belum boleh bangun dan berjalan sendiri. Segala-galanya di uruskan oleh mak dan anak-anak. Pertuturan abah makin sukar di fahami, penglihatan makin kabur, makan minum tak mahu sampai perut yang dulunya buncit dah jadi leper..
|
keadaan fil sewaktu 'admit' di As-syifa Bangi. |
|
FIL sewaktu 'admit' di hospital klang |
|
Gambar hari ini FIL di rumah yang di kirim adik ipar |
Allahuakhbar..sedih sangat tengok keadaan abah..Ya Allah ringankanlah penderitaan bapa mertuaku, Ya Allah anugerahkanlah ke atas kami, wahai Tuhan kami penawar kepada penawar-Mu, kesembuhan daripada kembuhan-Mu juga keberkatan daripada keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit juga mereka yang lemah dan sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. Kepada rakan-rakan yang terbaca catatan ini, mohon doakan kesejahteraan bapa mertua saya. Semoga doa kalian dapat meringankan kesakitan beliau.
Tahun 2013 juga boleh saya katakan sebagai tahun yang tak berapa bagus untuk kewangan saya. Ada beberapa keputusan yang saya buat telah menyebabkan saya menambah beban kepada aliran tunai saya. Niat asalnya mahu merubah hidup, mahu menjadi kaya, mahu itu, mahu ini, tetapi bila berdepan sedikat ujian, dugaan, cabaran dan rintangan saya mula mengalah bila mana hasil yang di harap-harap tidak kunjung tiba. Tidak cukup dengan itu timbul pula masalah2 lain. Mula-mula kereta iswara saya yang berumur 14 tahun rosak. Tiga bulan juga tersadai kat bengkel, kemudian mesin basuh saya yang berumur lebih 10 tahun pula rosak. Berbulan-bulan juga saya mencuci kain di kedai dobi 'self service'.
|
Yang ni pun selalu pergi. Kedai ni buka 24 jam. |
|
Mesin basuh kat kedai che Kam. Saya selalu pergi sini sebab dekat dengan rumah |
|
peneman setia waktu cuci kain |
Bila emak saya ugut nak belikan mesin basuh, barulah suami belikan mesin baru yang murah-murah sebab rancangannya kami nak ambik mesin basuh yang Auto yang besar sikit dalam bulan Jan atau Feb tahun ini. Tapi sebab malu kalau emak yang belikan jadi sementara waktu belialah mesin baru yang 'semi-auto' dulu. Tak cukup dengan itu TV 42" yang baru berumur 4 ke 5 tahun pulak rosak. Selesai semua-semua tu, LCD dan radio kereta pula rosak..Rosak sebelum hari raya haji lagi, tapi sampai sekarang tak tukar-tukar lagi.
Sebagai insan biasa yang lemah, keadaan ini memang buat kita rasa sedih, kecewa, hampa, putus asa dan sebagainya. Bila rasa begini mulalah fikiran-fikaran yang negatif datang menganggu. Macam-macam persoalan bermain di fikiran..kenapa begini, kenapa dan mengapa aku dan macam-macam fikiran jahat lagi bermain-main kat minda. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku, ampunilah segala kekhilafan ku. Saya percaya setiap ujian itu ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha mengetahui.
Kalau ada pahit mesti ada manisnya kan. Yang manis-manis kita simpan sebagai kenangan terindah. Saya suka mengenang yang pahit kerana dari kegagalan dan kepahitan itu kita akan bangun dan memperbaiki mana yang kurang. Walaupun permulaan 2014 tidak berapa bagus tapi saya berharap keadaan akan berubah. Hidup ini umpama roda sekejap dia atas, sekejap di bawah, sekejap di tepi. 2013 ibaratnya saya di bawah dan saya berharap roda saya mula bergerak sedikit demi sedikit ke atas. Ini semua memerlukan kerja keras, pengorbanan di samping terus berdoa dan meminta kepada yang Maha Kuasa.
Tahun ini juga tahun yang mendebarkan buat anak sulung saya Adilah Mirza..tahun ini Adilah akan menghadapi UPSR. Rasanya bukan adilah yang berdebar tapi saya yang terlebih takut. Sampai sekarang ni saya belum hantar dia tuisyen lagi. dekat rumah kadang-kadang saya jadi cikgu juga tapi dia tak tahan dengan saya sebab saya ni jenis cepat naik angin kalau apa yang saya ajar di tak faham-faham. Adilah ni jenis cepat sentap, jenis kena cakap lembut2 baru dia nak dengar kata. Saya memang selalu tak sabar dengan perangai dia.
Saya mengharapkan sangat dia akan dapat 5A. Adakah harapan saya itu akan menjadi tekanan pada dia. Harap-harap adalah yang sudi bagi tip pada saya bagaimana nak anak kita cemerlang dalam pelajaran especially UPSR ni la. Mulai tahun ini juga dia mula bertudung ke sekolah. Saya sedang mendidik dia perlahan-lahan untuk bertudung di luar juga. Mencabar sangatkan nak mendidik anak kita menjadi insan yang terbaik. Kena banyak-banayk SABAR.
|
First day kakak Dila ke sekolah..comel tak kak Ton..hehehe
tahun ni semua baju sekolah baru sebab baju tahun lepas semua tak boleh pakai..
semua SENTENG...cepat benor dia tinggi... |
Meh nak share apa yang saya masak 1 Januari hari tu...taklah special mana tapi sebagai kenangan-kenangan di hari pertama kan...yang pertama tu kan selalu susah nak lupa..hehehe..betul ke?...tak semua la...cinta pertama tu ye..memang susah nak lupa..
|
Bendi tumis dengan telur, ikan selar goreng, ikan selar masak kicap dan air oren |
|
Ikan selar masak kicap
Kek pisang mentega kacang..resepi kak Amie..sedap... |