Tuesday, 30 April 2019

April

Mesti muak dah kan..datang sini asyik-asyik pejeri terung...Macam-macam hal yang jadi, mood nak menulis pun ke laut dalam. Bulan April ni banyak betul dugaan yang kami lalui. Sebenarnya bukan bulan April jer tapi sebenarnya permulaan 2019 ni banyak betul perkara-perkara yang mendukacitakan terjadi pada saya dan keluarga besar saya.

Pertengahan March hari tu, tractor abah saya telah di curi di Changkat Lada, Perak. Sehingga kini tiada apa-apa update dari pihak yang sepatutnya sedangkan tangkapan telah di buat dan suspek pun telah di bebaskan kerana tiada bukti di temui. Something fishy here, tapi kami tak akan berputus asa untuk cari keadilan. Mungkin jasad tractor tu susahlah nak dapat balik tapi sekurang-kurangnya kami berpuas hati kalau si pelaku dapat di tangkap dan di jatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya. 

Bukan murah harga sebiji tractor tu tapi senang-senang aje orang rembat tanpa susah payah beli. Orang macam ni tak takut langsung ke dosa. Mungkin dunia ni ko selamatlah tapi tunggulah balasan Allah di akhirat nanti. Saya tahu abah sedih sangat dengan apa yang jadi tapi saya tahu abah kuat. Itu sebab Allah uji abah sebegitu rupa.

4hb April hari tu pula mak telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang akibat slipped disc. Bertahun-tahun mak tanggung sakit, sehingga mak pernah tak boleh berjalan pun. Bermacam-macam klinik, hospital dan juga pusat perubatan alternatif mak pergi berubat dengan segala macam ubat kena makan, namun mak tetap sakit dan tidak di ketahui puncanya. Akhirnya Dr Ibtisam doctor mak di Pusat Rawatan Islam Kg Baru cadangkan untuk mak buat MRI scan ke atas tulang belakang mak. Dari situ baru kita tahu mak mengalami slipped disc tahap L4-L5.

Mula tu kita consult dengan Dr Mahamud di DEMC (sekarang Aviseana) Dr Mahamud cakap tiada cara lain sewlain opertate dan masukkan plate untuk luruskan balik tulang mak yang bengkok tu. Mak memang takut dengan operation-opration ni, jadi kita mintak second opinion pula. Kali ni bawak mak ke Sunway pula jumpa Spine Surgeon Dr Lau Choon Ping. Dr Lau pun cakap kena operate dan kos di Sunway agak mahal dalam RM60K, so Dr cadangkan jumpa Dato Dr Mohd Hisam di UKM Specialist Centre.

Maka ke UKMSC pula kita bawak mak. Seperti dua doctor sebelum ni, Dr Hisam pun cakap kena operate. Lepas ambil kira semua faktor mak pilih untuk jalani pembedahan dengan Dr Hisam di UKMSC. 3hb tu mak pun checkin di UKMSC. Masuk tu kena bayar deposit RM32k daripada keseluruhan kos RM45k yang Dr Hisam anggarkan. Malam tu saya, lina dan adik teman mak di spital. 4hb tu start pukul 8 pagi mak dah kena puasa. Operation mak di jangka sebelah petang iaitu giliran yang ke5.

Sepanjang menunggu di sorong ke OT mak memang nerves habis. Kitaorang gelak-gelak pun mak marah padahal kita nak hiburkan hati dia supaya tak takut sangat. Dalam pukul 4ptg nurse datang dan minta mak tukar baju untuk ke OT dan dalam 4.30 ptg camtu mak di sorong turun ke OT yang terletak di level 2. Suami dan anak-anak perempuan mak semua iringi mak sampai mak di sorong masuk ke OT. Masa ni air mata mak memang meleleh jer lah. Kami iringi mak dengan doa semoga semua di permudahkan.

Dalam pukul 7.45 cam tu..waktu kami semua sedang berjemaah maghrib di bilik mak, acu whatsapp ckp dr dah kuar dari ot dan alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Habis solat semua turun ke bawah tunggu mak dari sedar sebelum boleh di hantar ke wad. Lepas mak kuar hospital mak duduk di rumah saya selama lebih kurang 2 minggu lebih. Syukur dapat jaga mak, siapkan makan pakai mak. Dulu pantang dua-dua anak saya, mak yang jaga, skang turn saya jaga mak pula.

Skang mak masih dalam proses pemulihan. Masih rasa sakit-sakit lagi di bahagian yang di masukkan plate. InsyaAllah dengan izin Allah saya yakin mak akan pulih sepenuhnya dan tak sabar nak jalan-jalan dengan mak. Mak sendiri tak sabar nak baik sebab dia dah lama berhajat nak buat Umrah. Mak baik nanti mak pergi ye.

Pagi Khamis 12hb April Angah adik ipar saya yang duduk dengan mak abah pula telah di kejarkan ke hospital Sg Buloh akibat berlaku sedikit pendarahan. Bila Dr scan rupanya Angah mengalami masalah uri di bawah stage 3 dan angah akan di tahan di wad sehingga sampai waktu bersalin. angah di jadualkan akan bersalin secara csec pada 9hb May nanti. Patutnya saya akan pass baton pada Angah untuk jaga mak di kg, sekali dia pulak kena dok wad. Manusia hanya merancang Allah jua penentu.

15hb April pula, kami menerima khabar sedih. Wak Misran pakcik saya yang juga jiran sebelah rumah mak abah saya telah meninggal dunia akibat asma. Ternampak-nampak di ruang mata wak Misran naik moto bawak cucu2 dia. Pagi Isnin tu saya ambil emergency leave balik kampung untuk tatap wajah wak misran untuk kali yang terakhir. Al-Fatihah untuk wak Misran. Semoga roh wak di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Banyak lagi nak sembang dan nak masukkan gambar, tapi macam tak sempat jer. Saya nak post entry ni hari ni jugak. Nanti-nanti ajelah saya sambung ye. Jadi rajin-rajinkah jenguk AdilahArissa ni kot-kot saya dah sambung cerita saya...hehehe...byeeeee