Monday, 1 April 2013

Weekend saya

Assalamualaikum.....

Apa khabar...macam mana hujung minggu kawan-kawan?..Mari kita mulakan hari ini dengan doa di atas..Amin Ya Rabbal Alamin....

Hujung minggu saya penuh dengan aktiviti. Sabtu saya balik kampung ambik anak-anak saya. Alang-alang saya nak ambik anak, jadi saya terus buat rancangan tuk celebrate birthday abah . So pagi sabtu tu bangun tido jer saya terus bersilat kat dapur menyiapkan sebiji kek untuk celebrate birthday abah. Saya buat coklat kek cheese. Sementara saya siapkan kek dan mengemas, mencuci apa yang patut, saya suruh suami tidur kejap sebab dia baru balik kerja malam . Dalam pukul 11.30 saya kuar rumah, sampai kampung dalam pukul 3 petang…lamanya padahal dari rumah saya ke kampung cuma ambil masa 45 minit ke sejam. Sebenarnya banyak persinggahan kami sebelum sampai kampung. 

Mula tu kami pergi beli makanan untuk Blakie dan Cici, kemudian kami singgah makan Cendol Bakar di Assam Jawa…pertama kali saya singgah walaupun selalu dok ulang alik balik kampung..Pada saya biasa jer rasa cendol ni..nothing special..tempatnya dah ok cuma pada saya banyak lagi yang perlu di perbaiki…antaranya aspek kebersihan . Ini cuma pendapat peribadi saya, bukan untuk mempengaruhi sesiapa. Selera kita berbeza-bezakan, apa yang saya suka tak semestinya orang lain pun suka, begitula sebaliknya.
Cendol VIP rm2
Lepas kenyang minum cendol , kami singgah pula di Tesco Kuala Selangor . Seterusnya kami singgah pula di pasar basah Pasir Penambang mencari ikan, udang dan sotong untuk barbbq. Semuanya segar-segar..GERAMMM…harga pun murah. Sesampai jer di rumah orang tua saya, si kecik arissa terus berlari mengejar saya dan papanya…huhhh rindunya…seminggu tak nampak, arissa dah bam-bam. Menurut mak memang dia kuat makan sejak ada kat kampung. Hmmm patut pun.  Samalah dengan kakanya. Apa taknya depan rumah mak saya, kedai makan adik saya, tepi kedai ada pulak orang bukak gerai pisang goreng…menurut mak saya tiap petang adilah, aiman dan amirah akan ‘pow’ atuk atau nenek untuk beli pisang gorengla, cucur udangla, jambulah dan sebagainya. Sebelah paginya pula adilah akan duduk bersarapan di kedah Auntie Angahnya. Tak mahu sarapan kat rumah. Pernah sekali dia terbangun lambat, habis atuknya kena marah sebab tak kejut dia awal-awal menyebabkan dia tak dapat nak sarapan kat kedai  sebab semua makanan dah habis…adilah..adilah…
Gambar atas: bam-bam saya yang sekarang ni kuat menjerit gambar  bawah: antara  menu bbq kami
Petangnya kami buat bbq tuk celebrate birthday abah…tak semua adik-adik saya ada…ada yang tak balik…tak pelah yang penting petang tu abah gembira dan seronok bersama anak dan cucu-cucu yang ada. Aiman dan Amirah balik perak lepas maghrib. Mulalah drama air mata mak saya. Sepatutnya saya pun nak balik malam tu juga, tapi beria-ria mak minta kami balik pagi-pagi sahaja. Jadi untuk tidak menghampakan mak kami balik pagi-pagi Ahad. 
Atok nak potong kek bersama-sama cucu tersayang. dari kiri  Adilah, Qaseh, Amirah, Aiman  & Arissa.  
Sampai rumah, terus saya bersiap untuk menghadiri Seminar Berani Berniaga 2013 di SACC Shah Alam. Banyak ilmu, tips dan strategi yang Dr Azizan Osman kongsikan yang boleh saya guna untuk perniagaan saya. Antara perkara asas yang Dr Azizan Osman tekankan adalah MATLAMAT dan SPEED. Setiap tindakan kita mestilah pantas dan cepat supaya hasilnya juga pantas FAST ACTION FAST RESULT!! dan setiap apa yang ingin kita lakukan mesti ada matlamat yang jelas dan keinginan yang luar biasa. Barulah kita boleh menjadi KAYA dan BERJAYA bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. 

Sampai jumpa lagi!!!!!!

Salam Sayang
Adilah Arissa