Apa khabar...macam mana hujung minggu kawan-kawan?..Mari kita mulakan hari ini dengan doa di atas..Amin Ya Rabbal Alamin....
Hujung minggu saya penuh dengan aktiviti. Sabtu saya balik kampung ambik anak-anak saya. Alang-alang saya nak ambik anak, jadi saya terus buat rancangan tuk celebrate birthday abah . So pagi sabtu tu bangun tido jer saya terus bersilat kat dapur menyiapkan sebiji kek untuk celebrate birthday abah. Saya buat coklat kek cheese. Sementara saya siapkan kek dan mengemas, mencuci apa yang patut, saya suruh suami tidur kejap sebab dia baru balik kerja malam . Dalam pukul 11.30 saya kuar rumah, sampai kampung dalam pukul 3 petang…lamanya padahal dari rumah saya ke kampung cuma ambil masa 45 minit ke sejam. Sebenarnya banyak persinggahan kami sebelum sampai kampung.
Mula tu kami pergi beli makanan untuk Blakie dan Cici, kemudian kami singgah makan Cendol Bakar di Assam Jawa…pertama kali saya singgah walaupun selalu dok ulang alik balik kampung..Pada saya biasa jer rasa cendol ni..nothing special..tempatnya dah ok cuma pada saya banyak lagi yang perlu di perbaiki…antaranya aspek kebersihan . Ini cuma pendapat peribadi saya, bukan untuk mempengaruhi sesiapa. Selera kita berbeza-bezakan, apa yang saya suka tak semestinya orang lain pun suka, begitula sebaliknya.
Cendol VIP rm2 |
Gambar atas: bam-bam saya yang sekarang ni kuat menjerit gambar bawah: antara menu bbq kami |
Atok nak potong kek bersama-sama cucu tersayang. dari kiri Adilah, Qaseh, Amirah, Aiman & Arissa. |
Sampai jumpa lagi!!!!!!
Salam Sayang
Adilah Arissa
No comments:
Post a Comment