Lamanya tak menulis di sini...banyak nak di cerita...tapi tak tertulis-tulis juga..ada yang dah di tulis tapi tersimpan jer dalam draft...
Sebenarnya weekend semalam saya rasa frust..sedih dan kecewa sangat...bulan ini sekali lagi saya gagal capai matlamat saya....dah tiga bulan saya mencuba...tapi masih gagal...Ya Allah di manakah silapku..apakah usaha ku belum cukup untuk mencapai matlamat ku...Ya Allah bantula HambaMu...aku sangat pasti akan hikmah di sebalik yang berlaku...kerana Kau la perancang terbaik buat hambu Mu ini...iye aku kena teruskan usaha, tak boleh berputus asa...NEVER GIVE UP....
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi."
Semoga pelangi indah menanti saya di hadapan....sentiasa bersangka baik pada Allah..kerana Allah Maha Mengetahui dan Memahami....Ujian Allah adalah untuk menguji keimanan kita pada Allah dan sebagai tanda Allah sayang pada kita...cuma kita aje yang suka mempersoalkan dan menyalahkan takdir...Ya Allah ampuni dosa-dosaku...
Cerita saya dan rainbow kek..memang satu kebetulan...masa saya buat kek ini tak terfikir pun akan kata-kata hikmah tersebut...Subhanallah... Berbalik pada cerita rainbow cake saya...baking merupakan satu terapi buat saya bila saya down..alhamdulillah walaupun ini percubaan pertama, tetapi menjadi..kalau tak menjadi mungkin kesedihan saya berganda kot...hehehe...kebetulan sebelah malamnya ada majlis makan-makan bersama keluarga belah suami saya, jadilah dapatlah mereka merasa..Membuatnya juga tidak la susah..Teksturnya sangat lembut dan moist..cuma kalau saya guna loyang 8" mungkin lagi cantik kek saya...tetapi keseluruhannya saya sangat puas hati kecuali part deconya...memang keras tangan...tak pe practice makes perfect...tentang rasa sejujurnya saya tak tau nak cakap macam mana tapi saya belum dapat rasa yang macam saya mahu...saya akan buat lagi rainbow kek ni dengan resepi yang lain pula. Jom kita tengok resepinya untuk rujukan saya di masa depan
RAINBOW KEK
Sumber: anymz-mykitchen, resipicitarasawan
Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sk baking powder
1/2 st garan
250 gm mentega
340 gm gula kaster
375 ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 st esen vanila/badam
Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
Loyang 8" di alas dan di gris
Cara
1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen
vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan
gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu
segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260
gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan
dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min
pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai. Bila dah sejuk
lapiskan setiap layer dengan cream cheese frosting dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.
Untuk Cream Cheese
Frosting
Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter
Cara-cara
1-Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. Sedia untuk digunakan.
2-Untuk melapis, mulakan dengan satu lapis kek
mengikut warna kegemaran.
3-Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan
ratakan.
4-Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya
dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir kemaskan
kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
5-Hias mengikut kreativiti masing-masing.
No comments:
Post a Comment