Kenapa tajuk saya begitu? siapa yang sunyi...siapa yang rindu dan birthday siapa..? nak tau kena teruskan baca...sampai habis tau, tak boleh skip-skip ye.....
Cuti sekolah dah bermula....waktu yang sangat di nanti-nanti oleh anak saya Adilah..apalagi balik kampung la...lagi pun ini la peluang untuk dia berkumpul dengan Aiman dan Amirah anak sedara saya yang duduk bersama ibunya di Perak..susah nak berjumpa mereka kalau bukan waktu cuti sekolah. Huh garenti pening atok dan nenek melayan kerenah cucu-cucunya...nasib baik ada dua orang 'baby sitter' yang membantu.
Abah dan mak tersayang di Tangkuban Perahu Bandung, 2010 |
Abah bersama 7 daripada 8 orang cucunya (dari kiri) Amirah, Aiman, Yaya, Fify, Aisy, Adilah dan Arissa. |
Kali ni Arissa sekali ikut tinggal kat kampung atas permintaan adik-adik saya Adik dan Acu dan juga mak saya. Huhuhu sunyi nya bila balik rumah..tinggal saya dan suami aje...suami pulak kerja malam. bila suami dah pergi kerja tinggal la saya sensorang...Saya terfikir macam manala hidup pasangan suami isteri yang tidak di kurniakan zuriat. Tidakkah mereka merasa sunyi, boring hidup hanya berdua. Saya yang baru dua hari ketiadaan anak-anak pun dah rasa sunyi. Syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan aku zuriat yang sempurna, sihat, comel dan bijak.
Mungkin mereka dah biasa...apa kata orang "alah bisa tegal biasa'...kalau salah tolong betulkan ye...ingatkan bila anak-anak kat kampung nak menaja banyak-banyak, sebab tak terkejar-kejar nak balik rumah TAPI rupanya tanpa mereka semangat nak menaja pun out. Sesungguhnya anak-anak saya adalah kekuatan dan penolak saya untuk bekerja kuat.
Mama Miss both of you Adilah Mirza dan Arissa Mirza..mendengar suara mereka di telefon membuat saya lagi merindui mereka...bila tanya kat si kakak "rindu mama tak?"...boleh dia jawab tak.....hehhehe..sabau jer la....dulu saya pun cam tu, asal cuti sekolah mesti nak duduk dengan Mak Anja nenek saya di kampung...Kalau mak dan abah saya tak kasi mulalah merajuk...menangis tak mahu balik..terpaksalah mereka mengalah...ohh seronok sangat kalau di ingat...
Namun kini setelah atuk dan nenek meninggal dunia, setahun sekali nak balik kampung pun payah...bukan tak sudi bukan tak mahu tetapi kenangan di situ menggamit kerinduan kepada arwah. Banyak kenangan saya di situ yang akan mengundang kesedihan. Sekarang saya pula, asal cuti sekolah mulalah anak saya mintak di hantar balik ke kampung...hmmmm cerita yang sama berulang cuma berbeza latar, pelakon, suasana dan keadaan. Inilah di namakan putaran kehidupan....
Hari ni 27hb March merupakan hari ulang tahun kelahiran ayahanda saya yang tersayang Tuan Haji Ahmad Bin Mat Rohyad yang ke 64 tahun. Semoga abah di panjangkan umur, di kurniakan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan di jauhkan dari segala kejahatan dan tipu helah manusia. Abah saya sayang sangat abah walaupun saya tak ucapkannya secara lisan. hehhee kenapa ye berat betul mulut ni nak cakap sayang pada abah....malu kot...
Abah saya sedang sibuk dengan agenda pilihanraya yang tak tahu bila...boleh kata tiap malam ada je mesyuarat di rumah saya. Rumah saya dah tak macam rumah..dah macam bilik gerakan BN...sana sini bendera BN..abah pengerusi cawangan UMNO di tempat saya...oh beratnya beban mu abah, pemimpin keluarga, pemimpin syarikat dan pemimpin masyarakat..Begitu besar jasamu abah bukan hanya pada keluarga bahkan pada masyarat, bangsa dan agama. Sesungguhnya saya berbangga punyai bapa seperti abah..
Salam Sayang
Adilah Arissa
Tiga generasi Atok (abah) Anak (saya) dan cucu (adilah & arissa) |

No comments:
Post a Comment