Thursday, 21 March 2013

Berdebar-debar


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saat saya menulis entry yang pertama di blog Aku dan Hiduku ini, sebenarnya saya sedang sangat berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan SPM adik bongsu saya Acu. Sebentar tadi seya telah menefon beliau tetapi adik ipar saya Angah yang menjawab telefon. Katanya Acu sedang menunggu giliran mengambil slip keputusan di SM Sains Kuala Selangor. Ya Allah semoga Acu mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya membanggakan ke dua ibu bapa saya dan keluarga.

Acu berbaju kuning sedang berarak pada majlis perkahwinan Atam pada tahun 2010

Penantian satu penyeksaan betul...kalau saya sebagai kakak sulong merasakan debaran yang begini hebat, apatah lagi ibu dan bapa saya. Mereka berkali lebih berdebar. Acu atau nama sebenarnya Zakiah binti Ahmad adalah adik bongsu saya. Dalam peperiksaan UPSR beliau telah memperolehi 5A, manakala untuk PMR sekali lagi beliau memperolehi straight A's iaitu 8A. Mudah-mudahan Acu mampu mencipta hattrick dengan memperolehi keputusan straight  A's dalam SPM pula.

Detik demi detik berlalu, saya masih menanti panggilan dari Acu. Cepatlah Acu call, biar rasa berdebar-debar ni segera pergi. Apa pun keputusan yang Acu perolehi, saya tahu Acu telah belajar, berusaha dan bekerja keras. Saya cuba call acu semula tapi masuk voice mail pulak...oh Acu mengapa buat begini...jeng..jeng..jeng...akhirnya Acu jawab jugak call saya....nak tau berapa dia dapat...huhhhh..Acu tak izinkan saya tulis keputusan dia dalam blog saya. Apa saya boleh cakap bukan straight A's la....tapi alhamdulillah syukur.. 

Buat Acu dont worry. SPM bukan penamat segala-segalanya, perjalanan masih panjang.  Walaupun course yang di idamkan tak dapat, tapi banyak kursus-kursus lain yang boleh di pilih. Kami sekeluarga akan tetap menyokong Acu. Selepas ini giliran saya pula yang  akan merasakan debaran seorang ibu menunggu keputusan peperiksaan anaknya.

Acu (baju kuning) bersama Adilah (baju putih), Aiman dan Mak Tam..eh baru perasan acu pakai baju  yang sama tapi pada masa dan tempat yang berlainan

Tahun Depan anak sulong saya Adilah Mirza akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga Adilah akan meneruskan legasi kemerlangan keluarga saya memandangkan beliau merupakan cucu sulong dalam keluarga saya. Seterusnya menjadi contoh pada Arissa dan sepupu-sepupu yang lain. Impian saya jugak untuk melihat adilah ke sekolah berasrama penuh (harap-harapnya dapatlah ke Seri Puteri). 

Sekali lagi tahniah buat Acu dan SELAMAT MAJU JAYA







Salam Sayang
Adilah Arissa















No comments:

Post a Comment