Friday, 14 March 2014

Cheese Tart

Assalamualaikum dan salam Jumaat...

Seminggu sudah berlalu. Misteri kehilangan pesawat MAS MH730 masih belum terungkai walaupun pelbagai cara telah di gunakan untuk mengesan keberadaan pesawat tersebut. Pelbagai negara turut menghantar bantuan dari segi aset dan kepakaran, namun jika Tuhan belum mengizinkan, usahalah macam mana pun pasti tak akan berhasil. Oleh itu kita di minta terus berdoa memohon petunjuk dan bantuan dariNya agar pesawat yang hilang itu segera di temuai dan semua penumpang selamat. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Balik pada tajuk entry kat atas tu, saya buat cheese tart ni minggu lepas untuk di bawa masa kenduri arwah FIL saya. Saya buat dalam acuan tart size yang paling kecil. Hasilnya cheese tart saya sangat comel. Sekali ngap sahaja terus telan tak payah kunyah-kunyah. 
Blueberry cheese tart sebelum masuk oven untuk di bakar.
Alhamdulillah semua suka dan kata sedap. Oleh kerana itu, tart ni tak di hidangkan untuk tetamu, tetapi untuk di makan adik beradik sahaja. Resepi ini saya ambil dari dapur Seri Kandi tokei tart yang popular tu dan beliau telah mendapat resepi ni dari Azita Zain. Selain berkongsi resepi, mereka berdua juga telah berkongsi tips bagaimana menghasilkan cheese tart yang gebu. Terima kasih atas perkongsian resepi dan tips dan saya kongsikannya pula di sini.

Cheese Tart

Tart Shell
Bahan-bahan:

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :


1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170 darjah C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat. Masukkan tepung sedikit-sedikit. Berhenti letak tepung apabila doh menjadi lembut dan tidak melekit di jari dan mangkuk.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 7 minit pada suhu 170 darjah C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit dua lagi.

Cubalah, pasti tak menyesal. 

Saturday, 8 March 2014

Happy Birthday to me...

Assalamualaikum...

Lama tak update kat sini...sibuk sangat dengan audit..dengan kerja dan macam-macam hal lagi.


Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana masih memanjangkan usia saya hingga ke hari ini. 8hb Mac 2014 genap usia saya 38 tahun. Tengah malam tadi suami..mak mertua..ipar duai dan anak-anak buah beramai-beramai menyanyi kan lagu selamat hari jadi kepada saya. Kebetulan 8hb juga MIL mengadakan majlis kenduri arwah untuk FIL saya yang meninggal pada 2hb Feb 2014 yang lalu. 

Doa saya semoga saya di panjangkan usia..di beri rezeki yang melimpah ruah..di beri kebahgian dunia dan akhirat dan yang paling penting di kurniakan kesihatan tubuh badan untuk terus bekerja, beribadat kepada Nya dan menjaga keluarga saya.

Kepada mak saya terima kasih yang tak terhingga kerana telah bertarung nyawa untuk membawa saya ke dunia ini 38 tahun yang lalu. Sayang mak sangat-sangat. Kepada semua yang telah mengucapkan selamat hari lahir samada secara langsung, melalui SMS, whatsapp dan Facebook..saya ucapkan berbanyak terima kasih..
Boeing 777-200 
Hari ini juga seluruh rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya telah di kejutkan dengan kehilangan kapal terbang MAS MH 370 yang telah berlepas dari KLIA ke Beijing, China. Pesawat terbabit membawa 239 penumpang terdiri daripada 12 crew dan 227 penumpang termasuk 2 orang bayi . Sehingga saat ini belum ada apa-apa penemuan tentang pesawat terbabit. Marilah kita sama-sama berdoa semoga pesawat terbabit segera di kesan walau apa jua keadaannya.