Lama tak update kat sini...sibuk sangat dengan audit..dengan kerja dan macam-macam hal lagi.
Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana masih memanjangkan usia saya hingga ke hari ini. 8hb Mac 2014 genap usia saya 38 tahun. Tengah malam tadi suami..mak mertua..ipar duai dan anak-anak buah beramai-beramai menyanyi kan lagu selamat hari jadi kepada saya. Kebetulan 8hb juga MIL mengadakan majlis kenduri arwah untuk FIL saya yang meninggal pada 2hb Feb 2014 yang lalu.
Doa saya semoga saya di panjangkan usia..di beri rezeki yang melimpah ruah..di beri kebahgian dunia dan akhirat dan yang paling penting di kurniakan kesihatan tubuh badan untuk terus bekerja, beribadat kepada Nya dan menjaga keluarga saya.
Kepada mak saya terima kasih yang tak terhingga kerana telah bertarung nyawa untuk membawa saya ke dunia ini 38 tahun yang lalu. Sayang mak sangat-sangat. Kepada semua yang telah mengucapkan selamat hari lahir samada secara langsung, melalui SMS, whatsapp dan Facebook..saya ucapkan berbanyak terima kasih..
Boeing 777-200 |
No comments:
Post a Comment