Bertemu kita di hari Jumaat terakhir sebelum Ramadhan yang di rindui menjelma. Insyaallah Ahad ni kita akan mula berpuasa. Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan tahun ini dan semoga kami mampu melaluinya dengan sempurna. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al Mubarak kepada semua yang pembaca blog Aku dan Hidupku (kalau ada). Marilah kita rebut segala tawaran istimewa di bulan seribu rahmat dan ganjaran ini.
Macam tak kena jer intro ngan tajuk. Ada aku kisah. hehehe. Sebenarnya ini entry tertunggak juga. Sebelum segala kenangan yang di kutip hilang baik lah saya coretkan di sini untuk tatapan saya di masa-masa depan. Cuti sekolah baru ni sempatlah bawak anak-anak mandi kolam kat Swiss-Garden Lumut ni. Plan asalnya nak ke Gambang Waterpark tapi tak jadi. Tukar pula ke Pangkor sebab nak bagi Cica rasa naik feri cancelled juga sebab resort yang saya nak tu dah fully booked.
Booked last minit memanglah semua penuh lagi-lagi cuti sekolah. Nasib baik dapat juga Swiss-Garden Resort Lumut ni. Oklah dekat pun dekat dan masa balik nanti boleh juga singgah rumah abah kat Changkat Lada kot-kot ada buah durian yang dah gugur. Saya booked melalui cuti.my. untuk 2 hari 1 malam. Selain saya anak beranak saya juga bawa mak dan abah saya bersama. Bolehla abah rehat-rehat sebab abah tak berapa sihat sebenarnya.
Memandangkan tak berapa rajin nak menaip jadi saya akan terus review tentang hotel ni dari kaca mata dan pengalaman saya. Lain orang mungkin lain pandangannya.
Lokasi
Swiss-Garden, Lumut ni terletak jauh dari bandar Lumut. Kalau nak ke pekan Lumut ambik masa dekat 30 minit jugalah. Dari jalan besar nak masuk ke resort ni pun jaraknya lebih kurang 8km. Paling tak tahan banyak sangat bonggol yang perlu di lalui. Waktu malam memang cuak jugak lah nak masuk ke dalam ni.
Kiri kanan laluan masuk ada pokok sawit, pokok kelapa, kebun betik dan juga paya bakau. Kelihatan juga monyet-monyet liar di sepanjang laluan masuk tu. Seronok cica tengok monyet-monyet tu bergayut-gayut kat pokok.
Kedai makan memang tak jumpalah. Sebaiknya tapau siap-siap makanan supaya tak perlu lagi nak keluar begitu jauh untuk cari makanan. Harga makanan kat resort ni memang harga cekik darahlah. Fikir lapan puluh kalilah kalau nak makan kat sini. Sepinggan nasi goreng kampung jer berharga RM25+++. Abah kata kalau kat luar sepinggan nasi goreng kampung kat sini boleh dapat empat pinggan nasi goreng kampung. Jadi malam tu, jauh tak jauhlah kitaorang keluar juga cari makanan.
Rugi sangat tempat yang cantik dan damai ini, tidak di sokong dengan kemudahan tempat makan.
Check In
Saya bertolak dari Tanjong Karang lebih kurang pukul 11.30 pagi. Berhenti makan di Restoran Gulam, restoran favourite abah kalau ke Changkat Lada. Sampai kat Swiss-Garden dalam pukul 3 petang sedang elok untuk checked in. Sampai-sampai lobby, mak ai ramainya orang nak mendaftar masuk juga. Jadi kena lah beratur yer. Beratur tu tak da hal la, tapi yang tak bestnya punyalah lama kena tunggu sebelum sampai giliran.
Daripada pemerhatian saya tak ramai staff yang bertugas kat kaunter. Masa yang mereka ambil untuk urusan kemasukan setiap tetamu juga sangatlah lama. Sempatlah saya berborak dengan orang di depan dan belakang saya yang juga melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Dapat kunci jer terus cari bilik.
Bilik
Saya pilih bilik jenis Deluxe Garden View. Bilik jenis ni jer paling murah berbanding yang lain. Boleh tengok senarai yang saya ambil dari cuti.my ni.
Check In Time: | 1500 Hours | Check Out Time: | 1200 Hours |
Valid from Apr 01, 2014 to Mar 31, 2015
|
2014 Seasonal surcharge:
2015 Seasonal surcharge or promotion info:
Untuk katil pula kita boleh pilih samada nak katil jenis king size atau twin-bedded. Masa check in tu saya siap-siap mintak katil jenis king size. En. suami, abah dan cica tidur atas katil. Saya, mak dan adilah tidur atas toto yang kami bawa bersama.
Masuk bilik jer first tengok toilet dia dulu. Saya ni kan agak-agak cerewet tentang toilet. Ikut piawaian saya toilet di sini saya bagi 2 bintang jer. Alamak spoil betul, boleh pulak tak tak paip untuk cuci-cuci dan amik air sembahyang. Toilet kat sini jenis yang lepas buang air terus air akan pancut ke alat tempat kita buang air. Memang tak puas dan best sebab saya ni jenis yang bila buang air mesti cuci sampai kaki. Kalau nak ambik air sembahyang kena masuk dalam bath tub. Kesian mak dan abah saya kena panjat-panjat, silap-silap boleh tergolek jatuh.
Kemudahan lain semua ok lah. Bilik saya walaupun jenis garden view tapi masih boleh nampak pantai dari balkoni. Kira dapat 2 dalam satu lah.
Kemudahan
Banyak kemudahan lain yang ada di sini selain kemudahan kolam renang, tapi biasalah bila dok kat hotel ke resort memang kebanyakan masa kat kolam renang jer lah. Kolam dia luas, ada bahagian untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Puaslah anak-anak saya mandi, sampai kecut-kecut lah tangan. Walau bagaimanapun kolamnya terutama bahagian kanak-kanak tidak di bersih dengan baik. Daun-daun kering dan juga pasir banyak di dalam kolam.
Pantainya pula tidaklah secantik di pangkor atau di teluk senagin. Orang pun tak ramai yang mandi laut kerana terdapat banyak jelly fish. Kami sempatlah juga duduk di tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam.
Food/ Beverage
Tak silap saya ada tiga ke empat restoran dan coffe house di resort ni. Untuk sarapan saya telah mendapat dua voucher bersarapan di The Garden Terrace. The Garden Terrace ada dua seksyen satu di dalam dan satu di luar mengadap kolam renang. Pada pendapat saya pilihan makanannya tidak berapa banyak berbanding harganya yang di kenakan.