Ini butter prawn yang saya buat untuk kali ke berapa pun saya tak tahu...tapi yang saya tahu butter prawn saya masih tidak menepati piawaian butter prawn yang sepatutnya...saya bercakap dari segi rupa bentuknya....saya masih tak berjaya nak buat sarang telur atau juraian telur atau floss yang halus-halus dan panjang-panjang...dari segi rasa memang sedap..dan saya akan guna resepi yang saya ambik dari SINI kalau saya buat butter prawn lagi...
Saya guna udang laut yang saya beli di pasar penambang kuala selangor dengan harga sekilo rm40...saya cuma beli 1/2 kilo sahaja...memang fresh dan manis isi udangnya..kalau kat sini memang susah nak dapat udang laut lagi-lagi yang fresh...lain kali kalau balik kampung kenalah saya merajin-rajinkan diri untuk singgah kat pasar penambang ni...
Meh kita tengok resepi butter prawn yang sedap ini kot-kot ada yang ingin mencuba
Udang Goreng
Butter/Buttered Prawn
Sumber: Azie Kitchen
Sarang Telur/ Floss:
Sarang Telur/ Floss:
2 biji kuning
telur
1 senduk
butter/margerin
1 cawan minyak
masak
Pukul ringan kuning telur.
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan
butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila
minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan
senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke
dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang
hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna
keemasan.
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan
minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.
Udang:
12 ekor
udang
Sedikit garam
Sedikit lada
sulah
Minyak untuk
menggoreng
3 ulas bawang
putih - dicincang
6-8 tangkai cili
padi - dihiris
5 tangkai daun
kari
1/4 cawan susu
cair/susu segar
Sedikit
butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk
lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup
rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah
sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti
udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan
minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan
daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng
tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh
banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan
hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.
No comments:
Post a Comment