Thursday, 6 June 2013

Rainbow Cake - Resepi 2


Assalamualaikum.....

Rainbow Cake lagi.....kali ke dua saya buat...kali ini saya guna resepi yang saya ambil dari blog azlita masam manis pula..fuhhh..fengsan kalau masuk blog beliau..menurut beliau pula beliau ambil resepi ini dari blog Zuraini Alias...terima kasih pada penyumbang resepi....dari segi bahan yang di gunakan sama sahaja dengan resepi Resepi Rainbow Cake 1...cuma beza dari segi ukuran bahan sahaja..tekstur kek juga sama lembut dan lembab...cuma kali ini saya lagi berpuas hati sebab saya guna acuan 8". Untuk layer saya guna cream cheese frosting lebihan buat rainbow kek yang pertama hari tu.. Untuk bahagian luar saya guna butter cream sebab dah kehabisan cream cheese...

Saya buat kek ini khas untuk acu sebelum dia masuk matrik hari tu....kira farewll kek la...meh kita tengok resepinya

RAINBOW CAKE

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Cara-cara

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyangSapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butterPanaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking powder dan  garam ~ ketepikanDalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringanMasukkan esen vanila

Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segarBoleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rataMasukkan dalam loyangBakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Lapiskan dengan creame cheese pada setiap lapisan. Kemaskan bahagian luar dan hias la ikut kreativiti sendiri..Part deco ni saya masih fail...lain di rancang lain yang jadi...anyway janji rasanya sedap kannnn 

Krim Mentega
Sumber: Azie Kitchen

150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer manis
3 sudu besar gula aising

Cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 





No comments:

Post a Comment