Friday, 27 September 2013

Kek Pelangi Bakar

Assalamualaikum...

Ini kek pelangi kukus yang saya buat untuk kali ke dua. Kali pertama buat saya kukus separti resepi asal oleh Chef Norzailina.Oleh kerana yang kali kedua ini saya bakar jadi saya tukar namanya ke kek pelangi bakar. Walaupun di bakar kek ini tetap lembut dan moist dan sedap seperti di kukus juga. Jadi kalau yang malas untuk keluarkan periuk pengukus seperti saya boleh sahaja di bakar di dalam oven.

Ramai juga blogger yang telah mencuba kek pelangi kukus ini. Rata-rata semua memberi komen bahawa kek ini memang sedap, lembut, lembab dan sebagainya dan kek ni dah masuk senarai kek 'favourite' saya. Kepada yamg belum cuba, wajib cuba. Dah cuba sekali pasti nak berkali-kali. Buatnya pun senang dan seronok bermain dengan warna-warna. Ayuh kita tengok resepinya

Kek Pelangi Kukus @ Bakar
Resepi asal: Chef Norzailina

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Monday, 23 September 2013

Lunch cum Hi-tea Wareh Hj Yunus

Assalamualaikum...

Selamat berhari Isnin...permulaan hari bekerja untuk minggu ini...hari yang paling tak best..tapi nak buat macamana....seronok ke tak..kerja tetap kena kerja...alangkah seronoknya kalau aku kaya...hari-hari hari raya...nasib baik bos pun tak masuk office lagi hari ini so tak la monday blues sangat...boleh lah layan muka buku dan blog tanpa takut-takut...Ya Allah Zuliana oiii..boss tak nampak tapi Tuhan nampak kan....ok saya tulis pendek jer....

Nak cerita pasal tajuk kat atas tu..Haji Yunus tu sebenarnya bapa mertua saya. so semalam wareh hj Yunus telah bergather-gather lunch cum hi-tea kat Royale Songket, Grand Bluewave Shah Alam. Semua keluarga menghadirkan diri kecuali keluarga Ita dan dua orang anak buah. Lupa Hj Yunus aka bapa mertuaku juga tidak hadir atas sebab-sebab kesihatan yang tidak berapa mengizinkan..cuma mak mertua saya sahaja yang hadir...itu pun mak datang lambat..
Yang hadir..kalau semua datang lagi meriah
Makan-makan..sembang-sembang..posing-posing..
Gambar (atas) saya anak beranak..gambar (bawah) anak-anak saya bersama anak-anak saudara
Nak buat entry makan-makan tapi boleh pulak lupa nak ambik gambar makanan..Ada ambik pun seketul dua...makanan yang ada biasa la ada makanan tempatan, western, dessert, buah dan banyak lagi. Memang puas la bangun duduk bangun duduk pilih makanan..Kebetulan orang pun tak ramai semalam, jadi memang selesa la nak ambik makanan..tapi banyak juga makanan yang saya tak cuba. Saya suka dim sum dia, lasagna, mushroom quiche dan di punya udang tempura...
Antara dessert yang sempat di rasa
Rojak Buah
Buah dan pelbagai tart yang comel macam arissa...
Makan-makan ini sebenarnya di taja oleh adik ipar saya saudara Ezam. Terima kasih daun keladi ye Ezam dan keluarga, lain kali belanja kami lagi ye..best makan free ni..lagi-lagi kat hotel..

Friday, 20 September 2013

Red Velvet Cheese Brownies

Assalamualaikum....


Buat ni malam khamis last week kot...kira entry basi la ni...tak kira lah nak juga cerita kat blog...hehehe...saya buat ni, sementara nak tunggu anak-anak sampai dari kampung. Isnin sampai khamis tu kan periksa UPSR, so sekolah kebangsaan tak sekolah. Sekolah agama pulak si Adilah telah mencutikan dirinya sendiri...suka hati jer kan....juamaat tu dia dah mula sekolah, jadinya khamis malam tu nenek..atuk..acik..ngan auntie angah serta anak-anak hantar kan lah si adilah ngan arissa ni balik..

Sebenarnya dah lama teringin nak buat red velvet cheese brownies ni..resepi pun dah siap-siap print. saya ambik resepi dari SINI..Gambar brownies kak Shiela sangat-sangat menggoda..tak tau la mengapa camera saya..gambar jadi kelabu...biar gambar tak cantik..janji rasanya sedap...tak tipu ni..memang sedap sangat..anak-anak ngan suami berebut-rebut makan..yang belum cuba tu wajib cuba ye...memang tak menyesal la...



Resepi Red Velvet Cheese Brownies
Sumber Rujukan: Shiela Spice Journey

Brownies

Bahan-bahan

250 gm High Grade Butter
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml natural yoghurt
11/4 cawan gula kastor
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek *
1 sudu teh pure vanila ekstrak
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh cuka/ lemon juice
1 sudu teh wilton red gel paste/ pewarna merah

*Nota: Cara buat tepung kek
Bagi sukatan 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan penuhkan selebihnya dengan tepung gandum. ayak sebelum digunakan. kandungan tepung jagung dalam kek yang membuat rasanya lebih sedap.

Cara-cara

Cairkan mentega dan minyak jagung (gunakan kaedah double boiler) hingga cair dan sejukkan sebentar. Ayak tepung kek bersama serbuk koko. Dengan menggunakan elektrik mixer, pukul gula kastor dan telur hingga sebati.

Masukkan mentega dan minyak jagung yang telah di cairkan tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan yoghurt yang telah di bancuh dengan gel pewarna merah, pukul sebentar hingga mesra.

Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di adun hingga sekata. Tuang vanila extract, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 2-3 sudu besar untuk membuat corak atas cheese nanti.

Akhir sekali campurkan soda bikarbonat dan cuka/ lemon juice di dalam bekas kecil, kacau dan tuang cepat-cepat ke dalam adunan. Gaul rata dengan pantas, tuang ke dalam loyang 4 segi bersaiz 9"x9" atau 10"x10" terus bakar dalam 40-50 minit pada suhu 175C atau hingga masak.

Lapisan Cheese

Bahan-bahan

350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A
1 sb jus lemon

Cara-cara

Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudia masukka telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan kemudian lorekkan mengikut kreativiti masing-masing. Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak.



Wednesday, 11 September 2013

Gambar raya yang dah lepas raya

Assalamualaikum....

Dah lama nak tulis cerita raya saya dan upload gambar-gambar masa raya hari tu....tapi sampai habis Syawal tak pun tercerita-cerita..lagi malang gambar-gambar raya dalam tab pun dah selamat di delete dek arissa...nasib baik ada gambar yang dah saya upload di FB...boleh la juga saya upload kat blog sebagai kenang-kenangan.

Mehla kita layan gambar-gambar aidilfitri 2013 yang saya sambut di Tanjung Karang kampung saya. Kebetulannya memang tahun ini giliran kami adik beradik yang telah berkahwin beraya bersama emak dan abah saya...jadi semua adik beradik berkumpul...meriah dengan gelagat cucu-cucu yang tak reti duduk diam...

2013 green theme..next year colour apa plak ye...
Mak dan abah saya bersama 9 orang anak, 4 orang menantu dan 9 orang cucu...
tahun depan akan ada pertambahan cucu dan mungkin menantu kot...hehehe
 Dari kiri duduk Adik (no.8) saya (no.1) emak & abah, Lina (no.3) & Acu (no.9)
Berdiri dari kiri Ajid (no.6) Anas (no.7) Atam (no.5) Jaari (no.2) & Ad (no.4)
Sessi ceramah oleh abah saya sebelum bermaaf-maafan. Abah akan tegur mana-mana perangai anak-anak  yang salah dan mintak kami perbaiki diri. Paling abah tekankan ialah bab sembahyang .
Part paling sedih...sessi bermaaf-maafan




Adik berdik perempuan saya..walaupun si pink itu yang bongsu 
tapi macam dia yang sulong...sorry acu...kihkihkih.
3 dara pingitan yang comel tapi notty ya ampunnnn
Atok sibuk ceramah boleh pulak si arissa ni tidur....haha bosan ye atok punya speech