Thursday, 24 January 2019

NASI AYAM FOR DINNER


Masak nasi ayam ni untuk makan malam beberapa hari yamg lepas ye. Dah jadi baja pun semua. Actually untuk yang tak tahu nak masak apa untuk keluarga sebab dah kering idea, masak jer nasi ayam. Cukup semua, ada nasi, lauk, kuah dan sayur. Tapi penyediaannya amik masa dan renyah juga. Banyak yang nak di sediakan. Tapi bila tengok anak-anak dan suami makan bertambah-bertambah, rasa berbaloi sangat.

Dalam kes saya, saya dah jimat masa kat menyediakan sos cili dan sos kicap sebab saya guna sos yang saya frozenkan lebihan dari kenduri kahwin lina hari tu. Just kuarkan dan panaskan sikit. Lebihnya bekukan semula untuk kegunaan masa depan. Jimat masa dan tenaga. hehehe

Resepi nasi ayam kali ni saya ambil dari IG wanakamal_79. Saya suka dengan resepi menyedian ayamnya. Ayamnya lembut dan juicy. Tak caya cubalah

Nasi ayam dan the gang

Bahan-bahan

Ayam

1/2 ekor ayam (saya guna 3 ketul dada ayam)
Halia (agak-agaklah ye) - hiris memanjang
Air ( dalam 7 cawan )

Bahan perap
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan
Garam

Cuci bersih ayam. Didihkan air dalam periuk bersama halia dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam masak. Angkat ayam dan perapkan dengan bahan-bahan perap seketika, tapi lagi lama perap lagi sedap. 

Goreng ayam dalam minyak panas dan penuh sekejap sahaja. Kalau lama nanti ayam keras. Biar sejuk sikit dan potong lah nipis-nipis. Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun bawang.

Nasi ayam

3 cawan beras basmathi
4.5 cawan air rebusan ayam
3-4 sb mentega
3 ulas bawang putih - tumbuk/ hiris
3-5 ulas bawang kecik/ 1 labu bawang besar - tumbuk/ hiris
1 inci halia - tumbuk/ hiris
1/2 -1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Sehelai daun pandan

Rendam beras 20/30 min. Cuci bersih beras dan toskan. 

Dalam rice cooker cairkan butter dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk/ di hiris tadi hingga wangi. Masukkan beras, air, daun pandan, kiub ayam dan garam. Onkan rice cooker. Bila nasi hampir kering kacau manja-manja. Jangan kacau lama nanti beras patah.  Tak cantik pulak nasi kita nanti

Sup

Lebihan air rebusan ayam tadi di masak semula bersama carrot atau apa-apa sayur lain yang korang suka. Masukkan bawang goreng (saya buat style tumis darat, goreng bawah merah dan putih kendian masukkan dalam sup). Perasakn dengan garam dan sedikit kiub ayam. Taburkan daun sup.


😋😋😋

Thursday, 17 January 2019

Percubaan pertama buat serimuka pandan

Serimuka pandan ni kuih favorite anak sulong saya adilah mirza. Jadi sebagai mak yang mithali (perasan jer), saya cubalah buatkan kuih ni untuk dia. Dah lama saya belek resepi ni dan fahamkan cara/ tips untuk buat kuih ni di IG surianti_kitchen. Dari tahun lepas nak cuba tapi ragu-ragu takut tak jadi. Tapi kalau tak cuba mana nak tahukan jadi ke tidak. Kalau jadi rezeki lah, kalau tak maknanya kena cuba lagi sampai jadi, Meh kita tengok bahan dan caranya..


Serimuka Pandan

Bahan-bahan

Lapisan bawah
2 cawan beras pulut di cuci bersih dan rendam 30 minit, toskan.
1 cawan santan
1 cawan air
secubit garam

Panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit dalam loyang 8in x 8 in. Bila dah masak, kacau sebati pulut tadi dan tekan supaya padat di dalam loyang. Sebelum tu loyang perlulah disapu minyak & alas dengan plastik tahan panas (tujuannya untuk mudahkan keluarkan kuih dari loyang)


Lapisan atas
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan
11/4 cawan santan
Beberapa titis pewarna hijau

Telur di pukul sekejap.
Kemudian masukkan bahan yang lain ke dalam telur, kacau sebati dan tapiskan.
Masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2-3 minit (hingga naik wap). Jangan kacau terlalu lama nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin.

Cara-cara

Tuangkan lapisan atas (hijau) ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/ tuala untuk elakkan air menitis. Kukus selama 40 minit.

Buka tudung periuk dan kukus tanpa tudung selam 5-10 minit untuk mengeringkan air di permukaan.
Matikan api. Sejukkan kuih untuk 4-5 jam baru di potong. Kalau potong masa panas akan jadi lembik bahagian atasnya.


Pertama kali buat kan, jadi kita ikutlah sebiji-biji cara dan bahan yang surianti_kitchen ajar dengan harapan hasilnya akan secantik serimuka beliau. Malangnya serimuka saya tidak secantik mana dan rasanya juga tidak seperti yang saya harapkan. Bukan salah resepi, tetapi salah dari pihak saya sendiri. Namun begitu saya tetap berbangga dengan percubaan saya ni sebab walaupun tak sempurna 100% tapi masih berupa serimuka, taklah jadi bubur ke apa..hehehe


Untuk lapisan pulut tu, bila saya dah masukkan santan baru perasan yang setiap bucu pada loyang saya ada lubang. Saya pulak tak lapik dengan plastik pada keseluruhan loyang. Jadi habis semua santan menitik keluar dan sebab malas nak tukar loyang saya kukus jer. Hasilnya lapisan bawah saya agak keras dan tak lemak sebab santan semua jatuh ke dalam periuk pengukus.


Untuk lapisan atas, saya tak cukup letak pewarna hijau, maka hasilnya lapisan hijau saya agak pucat dan tak menarik. Saya juga telah terlebih kacau lapisan hijau hingga sedikit bergentel. Feedback dari adilah dan en suami saya pula katanya lapisan hijau saya sedikit tawar. Jadi next time buat saya akan tambahkan lagi sedikit gula sebab dekat rumah ni semua pemanis.


Lapisan hijau saya juga telah masuk ke dalam lapisan pulut. Jadi lapisan bawah tu ada tompok-tompok colour hijau. Kemungkinan saya tak cukup tekan pulut tu.


Lepas ni pasti ada cubaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Saya tak akan berputus asa selagi belum berjaya buat seri muka yang cantik, sedap dan menepati selera pencinta seri muka di rumah ni. surianti_kitchen pun ada pesan, kalau nak dapat hasil yang baik, kena lah selalu praktis dan jangan putus asa. Anggaplah kegagalan pertama ini adalah permulaan kepada sebuah kejayaan. Siapa tahu lepas ni boleh ambik order serimuka pandan pula kan..hikhik..tak salah berangan sesuatu yang positif kan.

Tuesday, 15 January 2019

Sour Cream Butter Cake


Kek pertama yang saya buat untuk tahun 2019. Dah lama teringin nak buat dan merasa kek sour cream ni, tapi tak banyak resepi yang menyakinkan di internet yang boleh di cuba. Sampailah saya jumpa video di bawah ni di youtube dan saya telah mencubanya.


Alhamdulillah saya suka dengan hasil kek ni. Sampai 2 kali saya buat sebab sedap, lembut, moist dan gebu. Satu loyang saya bawak balik ke kampung dan family saya semua suka. Ini akan jadi a keeper recipe untuk sour cream butter kek. Hanya menggunakan 5 bahan dan sangat mudah untuk membuatnya. 


Sour Cream Butter Cake

Bahan-bahan

125gm butter
155gm gula kastor
3 biji telur gred A
145gm tepung naik sendiri
110gm sour cream
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

1) Masukkan butter dan gula kastor. Pukul sehingga butter bertukar menjadi putih (4-5 minit kelajuan sederhana)
2) Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan esen vanilla & pukul perlahan sehingga sebati.
3) Masukkan tepung berselang seli dengan sour cream (mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga) Ulang dalam 2 kali. Pukul perlahan-lahan.
4) Kaup balik guna spatula hingga sebati.
5) Masukkan adunan dalam loyang 7' dan bakar pada suhu 160c selama 35 minit atau sehingga masak.


Selamat mencuba...InsyaAllah tak menyesal buat..

Monday, 14 January 2019

Kisah Ali The Cat

Sudah 14 hari kita lalui di tahun 2019. Belum terlambat kan untuk saya ucapkan selamat datang kepada 2019. Semoga tahun ini membawa lebih rahmat, senyuman, kejayaan, kebahgian dan rezeki. Mana yang buruk kita tinggalkan dan mana yang baik kita teruskan dan perbaiki.

Entry pertama di tahun 2019 saya ingin coretkan kisah Ali. Kisah sedih yang buat air mata saya mengalir laju. Ali ni salah sekor kucing yang ada kat rumah mak abah. Kisahnya satu pagi ni adik ipar saya angah seperti biasa nak pergi kedai untuk berniaga. Bila dia start kete macam ada yang tak kena dengan enjin kete tu. Jadi dia bukak bonet kete dan punyalah terperanjat sebab dia nampak kepala ali dah tersepet pada belting kereta. 

Ntah masa bila ali tu dok panjat enjin kete. Punyalah besar kawasan rumah mak abah, dalam enjin sempit tu jugak dia nak menyorok. Punyalah susah nak bawak keluar ali. Bila dapat keluarkan, muka dia dah rabak dan berdarah-darah. Walaupun keaadaan agak parah, tetapi dia masih mampu melarikan diri dan menyorok. Kejadiaan tu rasanya pagi khamis. So bila hari Sabtu saya dan adik-adik balik, keluarlah cerita pasal ali ni dari angah. Jadi semua di kerah untuk cari kat mana ali menyorok, tetapi puaslah jugak main kejar-kejar dulu sebelum dapat tangkap dia.

Masing-masing tak berani nak tengok muka ali masa tu. Masa tu kebetulan lina ngan redza nak balik sunway, jadi saya cadangkan untuk diaorang hantarkan ali ke vet. di Kuala Selangor. Kemudian nanti saya atau angah akan ambil. Sekali bila diaorang sampai, klinik dah tutup. Redza ngan lina terus bawak ali ke klinik di PJ. Masa tu doc bagitau keadaan ali sangat teruk. Rahang dia rosak teruk, otak dia pun ada damage. Paling kesian mulut dia dah penuh dengan ulat dan bakteria. Makan minum memang tak boleh. Doc kena drip dan ali kena tahan kat wad 3 malam lah jugak. 


Kesakitan yang tak mampu nak di ucapkan. Hanya air mata yang mengalir memberi jawapan kepada kesakitan yang ali tanggung. Sedih giler tengok video ni.

Doc bagitahu kalau nak operate betulkan rahang yang rosak tu dengan treatment lain, doc anggarkan kos dalam 2 ribu lebih dan boleh jadi lebih. Pitam dengar cost yang doc anggarkan. Jadi redza cakap dia akan bawak ali ke vet goverment. Hari selasa tu Redza pun bawaklah ali ke upm, tapi malangnya kena reject. Kecederaan ali sangat parah dan diaorang tak cukup peralatan untuk merawat ali. Kesiannya ali. Jadi redza bawak semula ali ke vet swasta dan doc cadangkan untuk buat PTS (put to sleep) sebab tak mahu ali terus tersiksa.

Sebelum tu saya search-search juga di internet samada berdosa atau tak buat PTS tu ke atas ali. InsyaAllah daripada pembacaan saya untuk kes ali, PTS di bolehkan memandangkan kita tak mahu ali terus menanggung kesakitan dan sengsara yang tak terucap. Kalau di biarkan terus hidup pun ali tak boleh nak makan dan minum. Cepat atau lambat dia tetap akan mati dan lagi kesian sebab menyiksa dia dengan lebih lama.


Jadi walaupun berat hati, kami semua redha untuk ali di PTS. Dengan 2 kali inject ali pergi untuk selama-lamanya. Bengkak-bengkak mata lah nangis. Saya pun ada sekor kucing yang saya bela dari dia baby lagi. Saya tak dapat nak bayangkan kalau ali tu cicot kucing saya. Mahu berhari-hari saya nangis. 

Selamat jalan ali. Tunggu kami di Syurga ye. Kami dah cuba buat yang terbaik untuk selamatkan ali, tetapi setakat itu sahaja kemampuan kami dan kami jugak tak sanggup biarkan ali menanggung kesakitan yang lebih lama. Maafkan kami semua ali.