Day 2 kat Langkawi kita mula dengan pergi ke Dataran Helang. Ingat datang pagi-pagi tak ramai orang, sekali ramai juga. Nak amik gambar pun susah orang ramai lalu lalang. Sudahnya amik jer lah dari mana2 ceruk, asal ada gambar. Tema hari ke dua ni jeans and white.
Family photo keluarga Mirza
Cucus dan cicit pempuan arwah pak dan mak mentua saya
Anak, menantu dan cucu lelaki..
Anak, menantu, cucu dan cicit pempuan. Apsal time gambar gegirls jadi golap. Nampak sangat kaum lelaki saja nak sabotaj kami..hahaha
Anak dan menantu
Dari dataran helang, terus pergi cari sarapan. Masing-masing dah kebuloq, jadi terjah jer mana2 kedai makan yang terhampir. Mamak pun boleh lahh, janji kenyang.
Lepas breakfast pergi ke
kilang perusahaan t-shirt pulak. Tempat ni satu jalan dengan Nasi Dagang Pak Malau. Nama kedai alamak tak ingat nak tengok. Hahaha. Bijak-bijak..tak boleh jadi penulis travelling langsung..tapi senang jer nak cari, kedai ni tepi jalan jer. Kalau nampak banyak bas ke van berenti, itulah tempatnya.
Kat sini kalau beli sehelai rm15, tapi kalau amik 3 helai, harga jadi rm36. Diaorang memang galakkan untuk orang beli banyak. Size boleh campur-campur. Kain dia serius ok, bukan jenis yang nipis tu ye. Yang macam Arissa pegang tu kain dia tebal tau. Corak dan colour pun banyak. Senang kalau nak matchy-matchy satu keluarga macam keluarga adik ipar saya ni.
Seterusnya kitaorang pergi ke kedai kat area Makam Mahsuri sebab ada yang nak beli ubat resdung. Dekat situ boleh dapat harga murah sikit. Jalan depan sikit ada kedai-kedai lagi. Saya beli kain batik jer dekat situ. Rupanya di area Beras Terbakar lagi banyak pilihan kain batik yang ada. Harga lebih kurang aje cuma lebih banyak pilihan lah.
Hangat giler dalam kedai-kedai ni. Nak membeli belah pun tak selesa. Kat tempat beras terbakar tu pun tak lama, panas giler. Arissa dah bising kepanasan. Dia mana tahan tempat panas-panas camni. Naik broga hari tu pun dia boleh tanya tak ada kipas ke..hurmm..suruh amik gambar pun sikit punya payah.
Nah belajar sejarah beras terbakar ni.
Spot me? Hahaha sian saya cuma nampak mata hitam jer. Tercover ngan Pak Lang
Next tempat yang Arissa eager sangat nak pergi..sebab sepupu dia Qaseh dah pergi ke sini. So dia pun tak mahu kalah ngan qaseh. Apa cara pun kena bawak jugak naik cable car dengan masuk muzium 3D tu..Kalau tak, masaklah nak layan amukan torpedo dia tu.
Walaupun kecut perut nak naik cable car tu, demi Arissa, kena kuatkan semangat jugak. Papa dia sakit2 kaki pun kena tahan jugak demi si anak.
Muka happy dapat naik cable car. Pastu seronok gelakkan mama dia sebab takut naik benda alah ini. Ini pun kurang sikit rasa takut tu compare masa first time saya naik dulu. Langsung tak berani bukak mata.
Pakai sunglasses tu sebab nak cover2 mata yang pejam..hahaha
Kakak Dudil naik satu gondola dengan sepupu2 dia.
Gayat weii..lagi2 kalau tiba2 gondola tu macam terentak. dan berenti kat tengah2..ketaq lutut..kecut perut pakej lah..
Ni jer ahli rombongan cik kiah yang naik cable car, yang lain membawang kat bawah. Ehhh taklah...depa orang buat aktiviti lain kat bawah. Besar kot kawasan Oriental Village ni. Macam-macam boleh buat. Gambar ni diaorang amik kat middle station rasanya. Sekarang dekat setiap station akan ada orang amik gambar, kalau tak mahu beli gambar tu pun tak pe. Gambar ni dengan key chain rm40 hinggit. Beli pun sebab Arissa yang nak. Anak sorang ni memang pandai mempokaikan mak pak dia. Panggg kanggg.
Layanlah gambar2 kitaorang dari ketinggian 650m di atas paras laut kat middle station dan 708m atas paras laut kat top station. Dulu kat setiap station ada di letak papan tanda aras ketinggian, tapi kali ni tak nampak pulak.
Tengoklah aksi arissa kalau ajak bergambar. Susah beno nak dapat family photo yang elok. Dia tak sabar nak lari ke teropong ni sebenarnya. Selamba jer dia guna lama-lama, padahal belakang dia ramai menunggu.
Untuk adilah ni kali ke dua dia naik cable car. First time naik umur dia 5 ke 6 tahun camtu.
Ni pulak gambar edisi bersemut mak pak si budak Adilah dan Arissa. Mohon jangan muntah hijau ye. Bukan senang nak amik gambar berdua camni tau, di atas gunung Machinchang yang sejuk dan berangin.
Yes i am not perfect, i am only human. Tiada yang sempurna melainkan Allah. Tetapi saya tetap limited edition di hati abang kan..chia..chia..
Frust tak dapat nak jalan kat skybridge tu sebab masa tak mengizinkan plus en suami sakit kaki. Kesian dia, tak larat nak jalan banyak-banyak. Dapat sampai top station ni pun dah syukur sangat. Maknanya lain kali datang langkawi kena naik cable car lagi sebab belum cukup syarat selagi tak jejak kaki atas skybridge tu,.
Turun cable car terus bebudak ni berlari ke muzium 3D. Masa ni kaki suami dah makin sakit, jadi saya kena jadi tongkat untuk dia berjalan. Mintak tolong kat anak-anak buah saya untuk amik gambar cica sebanyak yang mungkin. Masa yang ada tak lama sebab kitaorang nak ke pantai chenang pulak. Memang rasa tak puas tapi lebih baik dapat masuk kejap daripada tak masuk langsung.
Cica memang tak puas hati langsung. Keluar tu masam jer muka. Katanya banyak yang dia tak dapat nak amik gambar. InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi ye cica. Masa tu kita datang awal pagi biar cica puas tour dan amik gambar dalam muzium tu ye.
Keluar muzium tu terus g pantai chenang. Patutnya Skydome dengan skyrex pun termasuk dalam pakej tiket yang kitaorang beli. Tapi sebab tak cukup masa dua tu kita tak dapat buat. Kat pantai chenang saya tak pergi tepi pantai pun. Saya dengan en. suami duduk kat secret recipe jer sambil makan carrot cake. Nak buat macam mana, jam2 ni lah kaki dia nak sakit.
Adoiii..hujan-hujan tengok kek ni buat orang lapar jer..makcik oh makcik..tolong sedaq diri sikit ye..jarum penimpang dah naik tu..nak makan lagi benda manis-manis..huhuhu
Sementara tu kat pantai, rupanya anak bertuah saya Arissa tu dah basah lencun. Selamba kodok jer dia berendam kat pantai tu. Dia tak tahu kot yang mak dia ni tak bawak seluar spare untuk dia. baju adalah. Terpaksa lah beli seluar kat gerai2 yang ada sepanjang pantai chenang tu. Aishhh kalau tak cari pasal memang bukan Arissa lahh.
Patutlah dalam gambar yang diaorang share dalam group tak nampak bayang cica, rupanya dia tengah seronok mandi mandi. Sabar jer lah..Settle pantai repeat ke idaman suri sebab ada barang yang terlupa nak beli semalam dan seterusnya ke kompleks HIG. Mak aiii ramainya orang. Nak pilih coklat pun payah. Jalan pun berlaga-laga bahu. Tak best giler lah datang time cuti sekolah. Semua pun dah lapar moh leh kita cari makan. Malam ni k.long bawak ke Restoren Seafood JMT.
Tengah sedap-sedap makan tetiba dengar kecoh2 orang bergaduh. Potong betul lah. Yang lagi tak bestnya, masalah yang tak ada kena mengena dengan family kitaorang jadi melarat-larat ke family kitaorang. Macam tengok drama kat tv jer dah. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Fuhhh satu hari yang padat dan penat tapi apa yang penting semua enjoy.
Day 1 ✔️
Day 2 ✔️
Day 3 Next entry
Untuk Rujukan
Tiket combo
Cable Car + SkyDome + SkyRex + Muzium 3D - Dewasa RM40
Cable Car + SkyDome + SkyRex + Muzium 3D - Kanak-kanak RM30
SkyBridge Enterance
Dewasa (RM5)
Kanak2 (RM3)
Sky Lift
Dewasa (RM15)